Halevi memaklumkan, Israel akan melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghapuskan ancaman terhadap mereka.
Halevi memberitahu akan mengembalikan penduduk Israel ke rumah masing-masing dengan selamat dan jika pejuang Hizbullah masih belum faham, mereka akan terus diserang.
Halevi berkata demikian dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen dari Israel.
Israel dan Hizbullah terus berbalas serangan pada Ahad apabila pesawat perang Israel melakukan pengeboman paling intensif dalam hampir setahun konflik di selatan Lubban manakala Hizbullah melancarkan roket ke Israel utara.
Tentera Israel berkata mereka telah menyerang sekitar 290 sasaran pada Sabtu, termasuk ribuan pelancar roket Hizbullah dan memberitahu mereka akan meningkatkan serangan.
Sementara itu, Israel menutup sekolah dan mengehadkan perhimpunan di bahagian utara serta mengarahkan hospital memindahkan operasi hingga ke fasiliti dengan perlindungan tambahan.