MOSCOW: Iran mencadangkan kumpulan ekonomi baru memuncul utama, BRICS untuk menubuhkan sebuah rangkaian perkongsian maklumat bagi mengukuhkan hubungan media dalam perikatan itu sambil memerangi aliran berita palsu dan maklumat salah oleh media Barat, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
Dalam Mesyuarat Ketua Jabatan Maklumat dan Jurucakap Kementerian Luar BRICS yang diadakan di Moscow pada Sabtu, Jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanaani menggariskan cadangan Iran mengenai peranan negara anggota dalam sektor media dan maklumat untuk mencapai objektif kolektif seperti dunia yang lebih "adil dan multipolar."
Kanaani menekankan keperluan untuk melancarkan Rangkaian Maklumat BRICS bagi memudahkan perkongsian maklumat dalam kalangan negara anggota.
Beliau berkata rangkaian ini boleh berfungsi untuk menentang kuasa-kuasa yang bertentangan di Barat yang menghalang aliran bebas maklumat dalam BRICS, memerangi kempen berita palsu dan maklumat salah, serta menangani kesan buruk sekatan unilateral.
Kanaani berkata diplomasi media kini menjadi sebahagian penting daripada aktiviti diplomatik kerana media adalah alat paling berkuasa yang digunakan oleh diplomat untuk "menyebarkan pandangan, mesej dan pendirian negara."
Beliau juga berkata Iran sedia bekerjasama dengan negara anggota BRICS lain untuk meningkatkan kedudukan antarabangsa perikatan itu, dengan menggunakan kemampuan media negara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 13 2024
Iran menekankan keperluan untuk melancarkan Rangkaian Maklumat BRICS bagi memudahkan perkongsian maklumat dalam kalangan negara anggota. - Gambar hiasan/REUTERS
Platform media sosial tidak serius halang kanak-kanak bawah umur miliki akaun - Fahmi
Pengendali plarform media sosial dikritik tidak serius dalam menghalang kanak-kanak bawah 13 tahun daripada memiliki dan menggunakan akaun media sosial media.
Olimpik belum tamat, warna pingat gangsa dah mula pudar?
Seorang atlet papan selaju Sukan Olimpik Paris mengkritik kualiti pingat Paris 2024 selepas pingatnya mula luntur.
LPPKN galak pasangan tingkatkan kadar kelahiran
KPWKM menerusi LPPKN galak pasangan tingkatkan kadar kelahiran susulan situasi semasa menunjukkan jurang tinggi antara kadar kelahiran dengan jumlah warga emas sekali gus meletakkan Malaysia di landasan negara populasi menua menjelang 2030.
Banci Pertanian 2024 : Sebanyak 423,195 tempat kediaman sektor pertanian selesai setakat 8 Ogos
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah melakukan bancian terhadap 423,195 kediaman, iaitu 35.3 peratus yang terlibat dalam sektor pertanian.
Siar gambar kanak-kanak dlam prosiding jenayah langgar Akta Kanak-Kanak 2001 - Azalina
Menerusi catatan di laman Facebook rasmi, beliau berkata tindakan itu boleh membawa kepada pertuduhan jenayah.
'Avatar 3: Fire And Ash' bakal temui peminat pada 2025
James Cameron mengumumkan tajuk filem baharu "Avatar 3: Fire And Ash," yang dijadual ditayangkan pada 2025.
Polis lepaskan 5 das tembakan selepas kereta dirempuh, 4 lelaki ditahan
Polis melepaskan lima das tembakan ke arah dua kenderaan yang merempuh kenderaan polis serta nyaris mencederakan anggota dalam kejadian di Jalan Pekan Batu 11, Balakong, Kajang pada Sabtu.
SPRM anjur Program Inisiatif Pencegahan Rasuah melalui pemerkasaan amalan perakaunan dan pengauditan
SPRM menganjurkan Program Inisiatif Pencegahan Rasuah Melalui Pemerkasaan Amalan Perakaunan dan Pengauditan bagi memerangi jenayah kewangan.
Rusuhan UK: Apa Malaysia boleh pelajari? Beri amaran awal algoritma berunsur radikal
Insiden yang berlaku di UK, sebuah negara moden dan berkembang maju dalam teknologi tidak mustahil boleh menimpa negara-negara lain.
Olimpik Paris 2024: Bryan tak jangka Nur Dhabitah lakukan kesilapan agak besar
Pengarah teknikal skuad terjun negara Bryan Nickson Lomas tidak menyangka penerjun negara Nur Dhabitah Sabri melakukan kesilapan agak besar di pertengahan saingan akhir acara 3 meter (m) papan anjal w
OIC sokong pendirian Malaysia kutuk kekejaman Israel terhadap Palestin, Iran
Negara anggota OIC sepakat dengan pendirian Malaysia untuk mengecam sekeras-kerasnya serangan dan kekejaman berterusan Israel.
Iran akan bertindak balas pada 'masa yang sesuai' terhadap pembunuhan Ismail Haniyeh
Tindakan Iran bukan saja untuk pertahan kedaulatan dan keselamatan negara sendiri tetapi juga untuk kestabilan dan keselamatan seluruh rantau ini.
Mesir arah syarikat penerbangan elak ruang udara Iran
Menurut notis keselamatan yang diberikan kepada juruterbang pada Rabu, arahan itu akan berkuat kuasa dari jam 1 hingga 4 pagi waktu tempatan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lelaki ada hubungan dengan Iran rancang pembunuhan ahli politik di AS
Seorang lelaki Pakistan yang dipercayai mempunyai hubungan dengan Iran didakwa atas tuduhan merancang pembunuhan seorang ahli politik atau pegawai kerajaan di Amerika Syarikat (AS).
PM Srettha, kerajaan Thailand pantau rapat krisis Asia Barat
Kerajaan Thailand sedang memantau rapat perkembangan yang berlaku di Asia Barat dan bersedia untuk memberikan bantuan segera kepada rakyat negara itu sekiranya berlaku kecemasan.
AS bantu Israel siap sedia serangan Iran
Amerika Syarikat (AS) terus membantu Israel bersedia menerima serangan balas dijangkakan oleh Iran selepas pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran.
Ismail dibunuh dengan peluru jarak dekat - Iran
Balas dendam atas pembunuhan pemimpin Hamas itu akan dilakukan secara "kejam dan pada masa, tempat, dan cara yang sesuai.
Iran seru mesyuarat tergempar Menteri Luar OIC berkaitan pembunuhan Haniyeh
Bagheri mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan itu dan memberi amaran mengenai akibat jenayah sebegini oleh rejim Zionis Israel.
Ismail Haniyeh wakili suara rakyat Palestin di seluruh dunia - Speaker Iran
Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh merupakan suara seluruh warga Palestin yang berada di seluruh pelusuk dunia.