Bau busuk yang menusuk hidung mengisi ruang udara ketika petugas pembersih, Hidemitsu Ohshima, memasuki sebuah apartmen, dengan mayat seorang lelaki terbaring dan mereput sejak tiga minggu.
Lelaki berusia 50-an itu, mati sendirian di kota yang berpopulasi puluhan juta, namun tiada sesiapa yang tahu.
Keadaan kematian seperti itu menjadikannya mangsa terbaharu ‘Kodokushi’ atau bermaksud ‘mati keseorangan’ – suatu trend yang semakin membimbangkan di Jepun.
Lengkap berpakaian pelindung dan sarung tangan getah, Hidemitsu mengangkat sekeping tilam yang lencun dibasahi cecair tubuh mayat itu, lantas mendedahkan ribuan ulat dan kumbang-kumbang hitam.
“Ini serius. Anda memakai pakaian khas ini untuk melindungi diri daripada serangga yang mungkin membawa penyakit,” ujarnya yang seterusnya berdepan masalah untuk mencari waris mangsa tersebut.
Masalah Kodokushi semakin meningkat di Negara Matahari Terbit itu, dengan 27.7 peratus populasinya berusia lebih 65 tahun dan ramai orang putus asa untuk mencari pasangan ketika sampai ke pertengahan usia, lalu memilih untuk hidup bersendirian, lapor AFP.
Tiada statistik rasmi tentang kes orang yang mati tanpa diketahui selama berhari-hari atau berminggu-minggu, namun pakar menganggarkan jumlah itu mencapai 30,000 kes setahun.
Begitupun, bagi syarikat yang sering membersihkan keadaan seumpamanya, angka itu dipercayai dua atau tiga kali ganda.
Jepun era moden mengalami perubahan ketara dari aspek budaya dan ekonomi, namun sistem keselamatan sosial negara itu, sama seperti banyak negara di Asia, masih bergantung kepada keluarga untuk menjaga golongan warga emas.
“Di Jepun, institusi keluarga masih menjadi asas kukuh bagi sokongan sosial.
“Tapi sekarang ia berubah, dengan peningkatan individu membujang selain saiz keluarga yang menjadi semakin kecil,” ujar pakar isu kebajikan dari Institut Penyelidikan dan Maklumat Muzuho, Katsuhiko Fujimori.
Kadar perkahwinan juga menurun, dengan golongan lelaki memberi alasan dunia kerjaya mereka terlalu menuntut masa dan terlalu sibuk untuk memikirkan soal rumahtangga, manakala semakin ramai wanita memasuki alam pekerjaan dan tidak lagi bergantung kepada lelaki.
Atas sebab menjaga adab pula, warga emas Jepun tidak mahu membebankan jiran untuk mengharapkan bantuan dalam kes-kes kecemasan, menyebabkan kurangnya interaksi, jelas Fujimori.
“Jika institusi keluarga tidak lagi memainkan peranan, masyarakat perlu membentuk rangka kerja yang bertindak terhadap keperluan itu.
“Jika itu tidak dilakukan, kita akan melihat lebih banyak kes ‘mati keseorangan’,” kata Fujimori.
Agensi
Thu Nov 30 2017

Banyak warga emas yang tinggal sendiri di Jepun, dan akhirnya mati tanpa diketahui jiran-jiran. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.

Trump kembali ke White House, Asia saksikan peralihan kepimpinan utama dalam 2024
Tahun 2024 menyaksikan peralihan kepimpinan besar di seluruh dunia, termasuk kepulangan bersejarah Donald Trump ke White House.

Pembangunan rangkaian rel kereta api Malaysia-China diharap dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat - Loke
Kementerian Pengangkutan berharap perancangan pembangunan rangkaian rel kereta api yang menghubungkan Malaysia dan China dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat, kata menterinya, Anthony Loke.

Taylor’s University terus cemerlang, lonjak lima anak tangga QS Asia University Rankings 2025
Taylors University melonjak lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.

Muhammad Azeem mahu jadi Raja Pecut Asia 2025
Katanya, beliau kini dalam fasa transisi perubahan corak latihan di bawah kendalian Ken Harden yang dijangka beri kesan positif terhadap prestasinya.

Sumbangan Tunku Abdul Rahman di peringkat ASEAN, antarabangsa amat besar - Arkib
Generasi sekarang mungkin sekadar mengingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sebagai pejuang kemerdekaan dan pembentukan negara, dan seterusnya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Pasaran saham Asia menjunam akibat kebimbangan kemelesetan di Amerika Syarikat
Pasaran saham utama di Asia mengalami kejatuhan besar pada Isnin akibat kebimbangan bahawa Amerika Syarikat mungkin menuju kemelesetan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global
Lima indikator negatif tersebut termasuk faktor geopolitik (79 peratus), paras hutang (68 peratus) dan polarisasi sosial (65 peratus).

Qatar tawar insentif lebih RM11 bilion untuk pelabur luar sertai agenda transformasi digitalnya
Qatar tawar QR9 bilion (lebih RM11 bilion) untuk pelabur sertai agendanya membuat transformasi digital, termasuk AI dan bahasa Arab.