BEIRUT: Ketua Hezbollah, Hassan Nasrallah bersetuju untuk mencapai gencatan senjata dengan Israel sejurus sebelum beliau dibunuh dalam serangan udara rejim Zionis di Beirut, kata Menteri Luar Lubnan, Abdallah Bou Habib, lapor agensi berita Anadolu.

“Beliau (Hassan) bersetuju. Ya, pihak Lubnan bersetuju,” kata Bou Habib.

“Kami berunding dengan Hezbollah, [Speaker Parlimen Lubnan Nabih] Berri berunding dengan Hezbollah dan kami memaklumkan kepada wakil Amerika Syarikat (AS) dan Perancis.”

Kenyataan bersama yang dikeluarkan pada 24 September oleh 12 negara dan organisasi, termasuk AS dan Perancis menggesa gencatan senjata sementara antara Israel dan Hezbollah bagi memudahkan usaha diplomatik.

Bagaimanapun, Hassan dibunuh apabila serangan udara Israel menyasarkan pinggir selatan Beirut pada 27 September selain meragut nyawa ratusan orang awam. - Agensi