HAMPIR 2,000 kanak-kanak di Ukraine terbunuh atau cedera sejak peningkatan perang lebih dua tahun lepas, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) hari ini.
Pejabat Serantau Unicef bagi Eropah dan Asia Tengah serta Penyelaras Khas Tindak Balas Pelarian dan Migran di Eropah, Regina De Dominicis berkata purata dua korban kanak-kanak dilaporkan setiap hari di tengah-tengah perang yang berterusan dan semakin meningkat.
"Sekurang-kurangnya 1,993 kanak-kanak di Ukraine telah terbunuh atau cedera...Ini adalah angka yang PBB dapat mengesahkan. Kami tahu jumlah sebenar kemungkinan jauh lebih tinggi.
"Unicef terus menggesa gencatan senjata segera di Ukraine dan semua kanak-kanak dilindungi daripada bahaya. Ini termasuk menamatkan penggunaan senjata letupan yang kejam di kawasan berpenduduk dan serangan ke atas kemudahan awam dan infrastruktur yang membahayakan kanak-kanak.
"Kanak-kanak Ukraine amat memerlukan keselamatan, kestabilan, akses kepada pembelajaran selamat, perkhidmatan perlindungan kanak-kanak dan sokongan psikososial. Lebih daripada segala-galanya, kanak-kanak Ukraine memerlukan keamanan," katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, De Dominicis berkata serangan di Ukraine turut menjejaskan kesihatan mental dan kesejahteraan kanak-kanak.
"Separuh daripada remaja melaporkan mengalami masalah tidur dan satu daripada lima mengalami fikiran yang mengganggu dan kilas balik.
"Seperti yang kita lihat dalam semua peperangan, keputusan dan tindakan melulu orang dewasa telah meragut nyawa, keselamatan dan masa depan kanak-kanak," katanya.
Sementara itu, De Dominicis berkata Unicef sedang berusaha di seluruh Ukraine untuk memulihkan sekolah dan tempat perlindungan serta menyediakan kit pembelajaran di rumah dan sokongan pembelajaran dalam talian kepada kanak-kanak.
Beliau berkata pada tahun lepas sahaja Unicef telah menawarkan kepada 1.3 juta kanak-kanak dengan peluang pembelajaran formal dan tidak formal serta 2.5 juta kanak-kanak dan penjaga dengan perkhidmatan sokongan kesihatan mental dan psikososial.
"Jun akan menandakan empat tahun pendidikan terganggu di Ukraine.
"Hampir separuh daripada kanak-kanak yang mendaftar sekolah di Ukraine kehilangan persekolahan secara bersemuka, dengan hampir satu juta kanak-kanak di seluruh negara tidak dapat mengakses pembelajaran secara bersemuka sama sekali kerana tidak selamat," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa Unicef telah bekerja di seluruh Ukraine untuk memulihkan sekolah dan tempat perlindungan sambil menyediakan sokongan pembelajaran dalam talian kepada kanak-kanak dan menyediakan kit pembelajaran di rumah.
Pada 2023, Unicef telah menawarkan pembelajaran formal dan tidak formal kepada 1.3 juta kanak-kanak.
Unicef juga menyediakan sokongan kesihatan mental dan psikososial termasuk melalui ruang selamat, pusat perlindungan dan sokongan, menjangkau 2.5 juta kanak-kanak dan penjaga pada tahun lalu sahaja.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 14 2024

Serangan di Ukraine turut menjejaskan kesihatan mental dan kesejahteraan kanak-kanak. - Gambar fail/ Reuters

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Hampir 2,000 kanak-kanak terbunuh, cedera dalam perang Ukraine - Unicef
Hampir 2,000 kanak-kanak di Ukraine terbunuh atau cedera sejak peningkatan perang lebih dua tahun lepas, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) hari ini.

Mahkamah tolak permohonan Aman Palestin untuk mulakan semakan kehakiman berhubung pembekuan akaun bank
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Aman Palestin untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman berhubung pembekuan 11 akaun banknya oleh SPRM.

Kumpulan pertama kanak-kanak Gaza tiba di Itali untuk rawatan
Kumpulan pertama seramai 11 kanak-kanak Palestin yang cedera tiba di Itali dari Gaza diiringi anggota keluarga untuk menerima rawatan perubatan.

“Wahai Netanyahu, apa yang kamu dapat dengan membunuh kanak-kanak?” - Mangsa perang
Dua anak kecil - seorang berusia dua tahun dan adiknya yang baru lahir dua minggu lalu terbunuh akibat kegilaan Israel.

160 mayat ditemukan di bawah runtuhan di Semenanjung Gaza
Data tidak rasmi menunjukkan kira-kira 6,500 orang masih hilang, termasuk lebih 4,700 kanak-kanak dan wanita.

Perang Palestin-Israel: Lebih 263,000 hilang tempat tinggal di Gaza
Perpindahan baharu itu menambah kepada kira-kira 3,000 penduduk Palestin yang dipindahkan sebelum ini.

Sisi luka perang di Afghanistan tinggalan Amerika
Sorotan kesan misi hampir dua dekad tentera Amerika Syarikat di Afghanistan ke atas generasi kanak-kanak, yang paling terdera disebabkan perang. Nasib mereka terus tidak menentu di tangan Taliban

'Macam artis illuminate... - Muat naik foto tutup sebelah mata, netizen back up Heliza Helmi
Foto tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang segelintir pengikut yang tidak faham dengan tindakan Heliza.