GAZA: Di sebuah hospital di bandar Rafah, selatan Gaza, Mohammed Zoghroub mengucapkan selamat tinggal kepada dua anaknya - seorang lelaki, Ahmed berusia dua tahun dan Aisha, bayi perempuan yang lahir dua minggu lalu - kedua-dua anak kecil itu terbunuh dalam serangan waktu Subuh di rumah mereka.
Mohammed yang turut cedera dalam serangan Israel itu menahan sebak ketika menyelak kain kafan untuk melihat wajah zuriat kesayangan yang menemui ajal akibat keganasan tentera zionis itu, sementara isteri dan ibunya pula dalam penuh hiba berdiri di tepi katil.
“Baru dua minggu. Namanya pun belum didaftarkan lagi,” kata nenek kanak-kanak itu, Suzan Zoghroub.
Sambil air mata jatuh dari kelopak matanya, Suzan melemparkan pertanyaaan pada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu: “Adakah dia berfikir dengan membunuh kanak-kanak ini dia akan mencapai sesuatu? Adakah mereka berjaya sekarang? Adakah dia telah mencapai apa yang dia mahukan?”
Suzan cuba mengingati semula kejadian ngeri yang berlaku sehingga meragut seluruh masa depan mereka.
Kata Suzan, dia dan seluruh ahli keluarganya sedang tidur apabila pangsapuri yang didiami mereka diserang melalui udara oleh Israel sebelum Subuh pada Selasa.
"Kami dapati rumah telah runtuh menimpa kami," katanya menyambung cerita.
Menurutnya, dua anak lelakinya mempunyai pangsapuri di tingkat yang lebih tinggi, tetapi keluarga itu memilih untuk tinggal bersama di tingkat bawah di tengah-tengah kebimbangan serangan udara. - Agensi
Agensi
Wed Dec 20 2023
Seorang wanita Palestin meratap pemergian ahli keluarganya yang terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan Israel di Semenanjung Gaza, pada Selasa. - Gambar AP
Subsidi RON95: Kerajaan masih pertimbang kriteria golongan T15
Kerajaan masih mempertimbangkan kriteria golongan T15 untuk menentukan kelayakan kumpulan tersebut mendapat subsidi petrol RON95 atau sebaliknya.
Ribut Kristine: Terima kasih Malaysia - Presiden Filipina
Presiden Filipinan dalam panggilan telefonnya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan atas bantuan yang diberikan untuk membantu mangsa ribut Kristine yang melanda negara tersebut.
Malaysia sasar tingkat kerjasama serantau
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia juga akan menerima prinsip masa depan bersama yang dipromosikan oleh China untuk menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN.
Malaysia komited majukan hubungan ekonomi
Perdana Menteri menegaskan, prinsip "Masa Depan Bersama" yang dipromosikan oleh China dan diterima baik oleh banyak negara termasuk Asia dan Selatan Global, antara sebab utama Malaysia bersetuju untuk menyertai BRICS.
Kes rogol: Pendakwaan fail rayuan hukuman terhadap Da'i Syed
Pihak pendakwaan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi berhubung hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang dikenakan terhadap pendakwah selebriti, Da'i Syed atas satu pertuduhan merogol.
Taufan Kristine: Presiden Marcos hargai sokongan Malaysia
Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr., menyampaikan penghargaan kepada Malaysia atas bantuan penting yang diberikan semasa operasi bantuan selepas Taufan Kristine yang dahsyat.
Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.
AWANI Ringkas: Kerja empat hari seminggu, tanpa potong gaji
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mungkin guna MyKad, e-dompet salur subsidi RON95 - Amir Hamzah
Mekanisme Mykad atau e-dompet mungkin akan diguna dalam penyaluran subsidi RON95 kepada rakyat yang layak.
Polis rampas dadah RM2.3 juta, tahan dua wanita warga Indonesia, tiga lelaki tempatan
Polis menahan tiga lelaki tempatan dan dua wanita warga Indonesia selepas menemukan pelbagai jenis dadah bernilai RM2.3 juta dalam serbuan Jumaat lepas.
Tian Chua, pakar seru tindakan ekonomi lebih tegas terhadap Israel di persidangan Palestin
Situasi di Gaza boleh dianggap sebagai definisi sebenar genosid, tegas bekas Ahli Parlimen Batu itu.
Jumlah kematian akibat serangan berterusan Israel di Gaza hampir 43,400 orang
Seramai 102,261 orang lagi pula dilaporkan cedera dalam serangan yang masih berlangsung.
Ketiadaan tindakan global mudahkan Israel luaskan perang serantau - Liga Arab
Kelemahan antarabangsa membolehkan Israel meningkatkan permusuhan serantaunya, menyebabkan penderitaan baharu untuk rakyat Lubnan yang kini turut dibedil.
Parlimen Israel lulus rang undang-undang haramkan operasi agensi pelarian UNRWA
UNRWA merupakan talian hayat penting kepada rakyat Palestin dan telah berkhidmat selama lebih tujuh dekad.
Israel sahkan lancar serangan ke atas Iran
Israel dakwa, serangan itu sebagai tindak balas terhadap Iran yang "tidak henti-henti menyerang" Israel sejak 7 Oktober tahun lalu.
Lebih 150 rakyat Palestin terbunuh atau cedera serangan udara Israel di Jabalia, utara Gaza
Lebih 150 rakyat Palestin terbunuh atau cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kira-kira 10 rumah di Jabalia, utara Gaza, yang pengepungan bermula 20 hari lepas.
Rundingan gencatan senjata Gaza akan disambung semula, kata Setiausaha Negara AS, Blinken
Blinken berkata, para perunding Gaza akan berkumpul "dalam masa terdekat."
Segerakan gencatan senjata, tubuh negara Palestin berdaulat - BRICS
Semua isu kemanusiaan harud ditangani kerana krisis kemanusiaan terbesar sedang melanda orang awam di Gaza dan Lubnan.
“Tin kacang dari udara ragut nyawa anak saya” – Mahmoud Ayyad
"Ini yang anak kami mati untuk kacang! Adakah ini maruah kami? Pek teh? Pek gula?"
Palestin sambut baik seruan Sepanyol hentikan eksport senjata ke Israel
Seruan Sanchez selaras undang-undang dan resolusi antarabangsa serta menyokong penyelesaian dua negara dan prinsip hak asasi manusia.