MADINAH: Cuaca panas ekstrem dengan purata suhu melebihi 40 darjah Celcius setiap hari di Arab Saudi boleh menyebabkan jemaah haji negara mengalami strok haba.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam Dr Asraf Ahmad Qamruddin berkata cuaca panas dan kering boleh membawa kepada kenaikan suhu dan kehilangan air daripada badan sehingga mengakibatkan strok haba jika terdedah kepada cuaca tersebut.
"Strok haba jika tidak dicegah dan dirawat awal boleh menyebabkan kematian," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata jemaah haji perlu peka terhadap simptom strok haba seperti kulit kering dan berlaku kemerah-merahan, lidah dan bibir kering, pening kepala, kekejangan otot serta pengsan.
Menurutnya jemaah haji perlu mendapatkan rawatan segera jika mengalami simptom-simptom tersebut di pusat kesihatan yang disediakan Tabung Haji (TH).
Dr Asraf berkata semua jemaah haji berisiko terkena strok haba, namun warga emas berusia lebih 60 tahun dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis dan buah pinggang, lebih berisiko.
"Cara pencegahan daripada mengalami strok haba adalah kita perlu mengelakkan daripada berada di bawah panas matahari yang terik untuk satu tempoh masa yang lama.
"Memastikan kita sentiasa menghidrasi diri kita dengan minum sekurang-kurangnya dua liter air, memakai payung atau losyen pelindung matahari dan memakai pakaian yang longgar," katanya.
Kumpulan pertama jemaah haji seramai 284 orang dijadual tiba di Madinah, pada Ahad.
Sementara itu, Pengurus Zon Satu Madinah bagi musim haji 1444 Hijrah Mohamad Abas mengingatkan jemaah haji supaya sentiasa memakai lencana disediakan TH bagi memudahkan petugas memberikan bantuan jika berlaku sebarang kecemasan.
Beliau berkata pihaknya telah bersedia menerima kedatangan jemaah haji yang akan menginap di Saja Al Madinah, Anwar Al Madinah Movenpick dan Emaar Royal Hotel.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 20 2023
![Haji: Cuaca panas boleh sebabkan strok haba Haji: Cuaca panas boleh sebabkan strok haba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684570962_mekah.jpg)
Jemaah haji perlu mendapatkan rawatan segera di pusat kesihatan yang disediakan jika mengalami simptom seperti kulit kering dan kemerah-merahan, lidah dan bibir kering, pening kepala, kekejangan otot serta pengsan. - Gambar fail
![Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705870474_WanAhmadFayhsalP.jpg)
Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkemungkinan bakal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.
Chelsea siasat laungan perkauman Enzo terhadap Perancis
Kelab bola sepak Chelase pada Rabu mengumumkan prosedur tatatertib ke atas pemain tengah mereka, Enzo Fernandez, susulan dakwaan telah mengeluarkan laungan bersifat perkauman terhadap Colombia, selepas memenangi Piala Copa America 2024 bersama skuad Argentina.
Lebih daripada 60 kanak-kanak ditahan, dipukul, diseksa di El Salvador
Lebih 60 kanak-kanak di El Salvador ditahan, diseksa dan dipukul secara rambang semenjak kerajaan mengisytiharkan darurat lebih dua tahun lalu untuk membanteras amalan gangsterime.
Datuk Bandar Paris berenang, yakin sungai Seine bersih
Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo berenang di Sungai Seine menjelang acara olimpik sebagai usaha menyakinkan orang ramai bahawa kualiti sungai tersebut cukup bersih dan bersedia untuk digunakan.
Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata beliau akan menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden jika doktor mendedahkan beliau mempunyai masalah kesihatan.
Wanita racun lima orang kemudian bunuh diri
Seorang wanita berusia 56 tahun dipercayai meracuni lima pelancong Vietnam dengan sianida yang dihidangkan dalam cawan kemudian meminum racun itu sendiri di sebuah hotel mewah di Bangkok, menurut polis pada Rabu.
Sarawak tarik pelaburan RM4.2 bilion
Sarawak berjaya menarik RM4.2 bilion dalam pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2024, bahagian penting dalam Agenda Pertumbuhan Negara berikutan pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
RUU Perubatan (Pindaan) 2024 diluluskan
Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 bertujuan menambah baik peruntukan untuk melaksanakan proses kelulusan dan kepakaran pengamal perubatan, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis
Seorang pekebun lelaki yang direman bagi membantu siasatan kes dua beradik maut akibat termakan keropok beracun minggu lalu, akan tamat pada Khamis dan tidak akan disambung semula.
![Tokyo lapor enam kematian akibat strok haba Tokyo lapor enam kematian akibat strok haba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720516537_heatstrokealert.jpg)
Tokyo lapor enam kematian akibat strok haba
Enam orang maut akibat strok haba pada hujung minggu di Tokyo, menurut pihak berkuasa perubatan tempatan pada Selasa.
![Keputusan pembenihan awan tertakluk pada jawatankuasa khas - Exco Perak Keputusan pembenihan awan tertakluk pada jawatankuasa khas - Exco Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720360493_TBBukitMerah.jpg)
Keputusan pembenihan awan tertakluk pada jawatankuasa khas - Exco Perak
Keputusan untuk melaksanakan OPA di Perak, susulan cuaca kering dan penyusutan empangan Kolam Bukit Merah, akan ditentukan oleh Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan kerajaan negeri.
![Pembenihan awan fasa kedua di Kelantan dijangka awal Julai ini - KADA Pembenihan awan fasa kedua di Kelantan dijangka awal Julai ini - KADA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690432829_MuhammadHusain.jpg)
Pembenihan awan fasa kedua di Kelantan dijangka awal Julai ini - KADA
Operasi Pembenihan Awan fasa kedua oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dijangka dilakukan awal Julai ini.
![Cuaca panas: Patung lilin replika Abraham Lincoln cair di kepala Cuaca panas: Patung lilin replika Abraham Lincoln cair di kepala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719444495_WaxMonument.jpg)
Cuaca panas: Patung lilin replika Abraham Lincoln cair di kepala
Patung lilin replika Abraham Lincoln dilihat tidak dapat menampung suhu panas yang melanda Washington DC.
![Menteri Hal Ehwal Agama Tunisia dipecat selepas kematian jemaah haji Menteri Hal Ehwal Agama Tunisia dipecat selepas kematian jemaah haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716611742_TBTabungHaji.jpg)
Menteri Hal Ehwal Agama Tunisia dipecat selepas kematian jemaah haji
Presiden Tunisia memecat Menteri Hal Ehwal Agama selepas berpuluh-puluh jemaah haji Tunisia meninggal dunia ketika menunaikan haji.
![19 maut akibat strok haba di India 19 maut akibat strok haba di India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41693112961_CuacaPanas.jpg)
19 maut akibat strok haba di India
Sekurang-kurangnya lima orang maut akibat strok haba di ibu kota India dan hampir 14 lagi meninggal dunia di bandar jiran Noida dalam tempoh 72 jam yang lepas.
![Musim panas landa AS, orang ramai cari lokasi sejuk Musim panas landa AS, orang ramai cari lokasi sejuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718846632_heatwave.jpg)
Musim panas landa AS, orang ramai cari lokasi sejuk
Aiskrim, tempat berteduh, dan kolam renang menjadi lokasi tumpuan apabila musim panas bermula dengan gelombang haba rekor di beberapa negeri di Amerika Syarikat.
![Korea Selatan keluar nasihat gelombang haba Korea Selatan keluar nasihat gelombang haba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71651620147_Seoul.jpg)
Korea Selatan keluar nasihat gelombang haba
Agensi cuaca Korea Selatan pada Rabu mengeluarkan nasihat gelombang haba ketika suhu meningkat di seluruh negara.
![Operasi pembenihan awan di Kelantan 21-23 Jun - TPM Zahid Operasi pembenihan awan di Kelantan 21-23 Jun - TPM Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711637369_PembenihanAwan.jpg)
Operasi pembenihan awan di Kelantan 21-23 Jun - TPM Zahid
Kerajaan akan melaksanakan Operasi Pembenihan Awan di Kelantan pada 21 hingga 23 Jun, bagi mengatasi penyusutan air Sungai Kelantan.
![Itali dijangka hadapi gelombang haba Itali dijangka hadapi gelombang haba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718746809_TBITALYHEATWAVE.jpg)
Itali dijangka hadapi gelombang haba
Di pulau besar Sicily dan Sardinia serta di Wilayah Selatan Puglia, suhu boleh melebihi 40 darjah Celsius di beberapa tempat pada Khamis.