NEW YORK: Usaha untuk menamatkan keganasan Israel ke atas Gaza sekali lagi menemui kegagalan.
Ini selepas Amerika Syarikat (AS) memveto draf resolusi bagi mendesak gencatan kemanusiaan di Gaza, yang dikemukakan di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Sekutunya, United Kingdom (UK) mengundi untuk berkecuali sementara 13 anggota lain menyokong.
Pengundian resolusi berlangsung pada jam 5.30 petang waktu tempatan New York.
Draf resolusi tersebut dikemukakan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan mendapat sokongan 97 negara lain.
AS mempertahankan tindakannya memveto resolusi tersebut dengan menggunakan alasan resolusi berkenaan tidak seimbang dan jauh dari realiti.
AS turut mendakwa teks digunakan tidak menterjemah apa yang diinginkan mereka, termasuk kecaman terhadap serangan dilancarkan Hamas pada 7 Oktober lalu.
Washington turut mengulangi desakan penubuhan dua negara sebagai penyelesaian muktamad konflik di rantau itu.
Sementara UK senada dengan AS dan mempertahankan tidak akan menyokong resolusi yang tidak mengecam aktiviti Hamas.
Tindakan veto AS dikecam China dan Rusia.
Beijing menuduh AS sebagai mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan tindakan, sementara Rusia menyifatkan Washington sebagai tidak berhati perut.
Sementara wakil tetap Palestin ke PBB pula menyifatkan kegagalan resolusi ini sebagai satu kegagalan majlis keselamatan memegang tanggungjawab ke atas penduduk Palestin.
Astro Awani
Sat Dec 09 2023
Draf resolusi tersebut dikemukakan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan mendapat sokongan 97 negara lain. - Foto REUTERS
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Orde baharu dunia sedang dibentuk - Presiden Azerbaijan
Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev berkata orde baharu dunia sedang dibentuk dan dunia kini berada pada permulaan proses itu.
Pengurus syarikat rugi lebih RM1.6 juta akibat pelaburan kripto tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta di Ampang Jaya mengalami kerugian lebih RM1.6 juta selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan mata wang tidak wujud yang diiklankan di laman sosial Facebook.
Lori terbakar bergerak sendiri disyaki akibat masalah enjin
Pemandu mengesan asap keluar dari bahagian enjin dan cuba memberhentikan kenderaan di tepi jalan, namun gagal apabila api semakin marak.
10 Berita Pilihan - (14 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 15 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PM Anwar akan segera kemuka Kertas Kabinet, aplikasi teknologi AI dalam perkhidmatan kerajaan
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk segera mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan blok rantai dalam sistem perkhidmatan kerajaan.
Kaji akses polis kepada data telefon bimbit dalam undang-undang sedia ada - Lee
Beberapa undang-undang, disaran supaya disemak semula bagi menyediakan garis panduan yang jelas dan khusus terhadap akses polis kepada data telefon bimbit.
ATF: Kukuh pelancongan serantau, jadikan ASEAN destinasi pilihan global
ATF 2025 bertujuan meningkatkan kehadiran pelancong ke ASEAN dengan memupuk rangkaian, perkongsian pengetahuan, dan mempromosikan produk pelancongan serantau.
Presiden Mesir bertemu Blinken, minta gencatan senjata disegerakan di Gaza
Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi meminta satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dilaksanakan segera semasa perjumpaan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken pada Khamis.
AS guna kuasa veto, gagalkan resolusi desak gencatan senjata
Sekutunya, United Kingdom (UK) mengundi untuk berkecuali sementara 13 anggota lain menyokong.
Malaysia sokong sesi tergempar ke-10 UNGA pada Khamis
Malaysia menyokong seruan Kumpulan Arab dan OIC supaya diadakan Sesi Tergempar Khas UNGA, yang dijadualkan bersidang pada Khamis.
Baitulmaqdis: Majlis Keselamatan PBB pertimbang resolusi batalkan keputusan AS
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sedang mempertimbangkan draf resolusi yang akan membatalkan sebarang langkah menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Rusia veto draf resolusi penubuhan tribunal MH17
Dalam kenyataannya, Rusia enggan meluluskan draf tersebut kerana menyifatkan tragedi MH17 bukanlah ancaman kepada keselamatan dan keamanan antarabangsa.