CRETE: Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud melanda Crete, Greece, awal pagi Isnin.

Menurut Pusat Seismologi Eropah-Mediterania (EMSC), gempa itu dikesan pada kedalaman 80 km, lapor Reuters.

Tiada amaran tsunami, laporan kemusnahan harta benda atau kehilangan nyawa dilaporkan setakat ini.