ANKARA: Anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu mengumumkan akan menyediakan bantuan bernilai AS$11 bilion untuk menangani cabaran keselamatan makanan serantau dan antarabangsa, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
AS menyambut baik "keputusan Kumpulan Penyelarasan Arab (ACG), yang dianggotai 10 institusi pembangunan kewangan untuk menyediakan sekurang-kurangnya AS$10 bilion sebagai respons kepada cabaran keselamatan makanan," menurut kenyataan bersama GCC dan AS pada sidang kemuncak Arab Saudi-AS di Jeddah.
Menurut kenyataan itu negara-negara GCC juga mengalu-alukan pengumuman bantuan AS sebanyak AS$1 bilion bagi keselamatan makanan jangka pendek dan jangka panjang untuk rantau Asia Barat dan Afrika Utara.
GCC turut merakamkan penghargaan atas penubuhan Pasukan Petugas Gabungan 153 dan Pasukan Petugas 59 yang akan bersama meningkatkan penyelarasan pertahanan antara negara anggota GCC dan US Central Command untuk memantau ancaman maritim.
Sidang kemuncak Arab Saudi-AS diadakan pada Sabtu yang turut dihadiri Presiden Joe Biden, pemimpin dari negara-negara GCC, Mesir, Iraq dan Jordan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 17 2022

Putera Mahkota Saudi Mohammed Salman (tiga, kiri) dan Joe Biden (dua, kiri) ketika bersedia untuk sesi foto menjelang Sidang Kemuncak Keselamatan dan Pembangunan Jeddah di Arab Saudi, 16 Julai 2022. - Foto Saudi Royal Court/REUTERS

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

GCC perbaharui seruan kepada masyarakat antarabangsa untuk hentikan pencerobohan Israel
Masyarakat antarabangsa digesa memikul tanggungjawab dan mengambil tindakan segera bagi menghentikan pencerobohan Israel yang serius terhadap Semenanjung Gaza.

Perbincangan FTA GCC diteruskan, muktamad perjanjian dua hala UAE akhir tahun - Tengku Zafrul
Malaysia akan meneruskan perbincangan FTA dengan GCC dan memuktamadkan perjanjian dua hala dengan UAE pada akhir tahun ini.

GCC kutuk pencerobohan berterusan Israel, gesa gencatan senjata
GCC juga menggesa gencatan senjata serta-merta dan kekal, menamatkan malapetaka kemanusiaan yang sedang berlaku di Gaza.

Kerangka kerjasama ASEAN-GCC bersejarah, beri manfaat kepada kedua-dua blok - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Kerangka Kerjasama 2024-2028 antara blok ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) sebagai bersejarah.

Kezaliman Israel antara agenda utama Sidang Kemuncak ASEAN-GCC
Kezaliman Israel terhadap Palestin merupakan antara agenda utama yang akan dibincang oleh para pemimpin pada Sidang Kemuncak ASEAN-GCC.

Qatar dan Bahrain pulihkan semula hubungan diplomatik
Qatar dan Bahrain pada Rabu sepakat untuk memulihkan hubungan diplomatik selepas pergolakan serantau yang tercetus pada 2017.

GCC, AS umum bantuan AS$11 bilion untuk keselamatan makanan
Ia juga mengalu-alukan pengumuman bantuan AS$1 bilion bagi keselamatan makanan untuk rantau Asia Barat dan Afrika Utara.

Selepas 13 tahun, Korea Selatan, negara Arab sambung semula rundingan FTA
Rundingan selama empat hari itu demi mengukuhkan lagi hubungan ekonomi dua hala.

Arab Saudi tarik balik larangan perjalanan mulai Januari 2021
Bagaimanapun, penjawat awam, ahli perniagaan, mereka yang memerlukan rawatan perubatan di luar negara dan pelajar dikecualikan daripada sekatan bermula 15 September.