RIYADH: Kezaliman Israel terhadap Palestin merupakan antara agenda utama yang akan dibincang oleh para pemimpin pada Sidang Kemuncak Pertama ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di sini pada Jumaat.
Perbincangan itu selaras dengan pendirian tegas Malaysia dan kelantangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memperjuang nasib penduduk Palestin sejak Israel berterusan menzalimi mereka termasuk melancarkan serangan serta krisis terbaru di Semenanjung Gaza.
Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas iaitu pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa kedua-dua belah pihak.Sehubungan itu, kehadiran kalangan pemimpin blok rantau ASEAN-GCC serta sidang kemuncak itu dilihat sebagai platform terbaik untuk mengetengahkan dan mencari penyelesaian bersama dalam menangani penderitaan penduduk Palestin.
Sidang kemuncak itu diadakan buat julung kalinya setelah ASEAN dan GCC menjalinkan hubungan sejak 1990. GCC dianggotai enam negara iaitu Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Ia juga dijangka membincangkan hala tuju masa depan dan hubungan ASEAN-GCC selaras dengan hasrat ASEAN untuk menjalin hubungan lebih meluas dengan negara Asia Barat termasuk dari segi ekonomi dan kerjasama tenaga.
Selain Anwar, ketua negara ASEAN yang sudah mengesahkan kehadiran pada sidang kemuncak itu ialah Presiden Indonesia Joko Widodo, Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin dan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet.
Anwar, yang akan tiba di sini esok, juga dijadual mengadakan perbincangan berkaitan pelaburan dengan beberapa firma selain bertemu rakyat Malaysia yang tinggal dan bekerja di Riyadh.
Beliau turut dijadual menghadap Putera Mahkota Mohammed bin Salman pada Sabtu bagi membincangkan lebih lanjut isu Palestin dan hubungan dua hala.
Perdana Menteri akan diiringi oleh Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akhbar Khan.
Sementara itu, media tempatan Riyadh Daily melaporkan bahawa Majlis Peringkat Menteri GCC mengadakan sesi khas bagi membincangkan perkembangan di Gaza dan kawasan sekitarnya.
Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Menteri Luar Oman Sayyid Badr bin Hamad bin Hamoud Al Busaidi, yang juga Pengerusi Majlis Peringkat Menteri GCC, dengan penyertaan Menteri-Menteri Luar dan Setiausaha Agung GCC Jassim Albudaiwi.
Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal bin Farhan bin Abdullah turut mengambil bahagian pada sesi mesyuarat ke-43 itu.
Agensi berita Anadolu pula melaporkan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang bermesyuarat di Jeddah mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas Hospital Arab Al-Ahli di Gaza dan menggesa masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, untuk segera campur tangan bagi menghentikan jenayah perang itu serta menyediakan perlindungan antarabangsa untuk rakyat Palestin.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 18 2023

Kezaliman Israel terhadap Palestin merupakan antara agenda utama yang akan dibincang oleh para pemimpin pada Sidang Kemuncak ASEAN-GCC. - AP
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

PM Anwar, Menteri Ekonomi Indonesia sepakat dorong ASEAN-GCC jadi kekuatan ekonomi baharu
Anwar dan Airlangga Hartarto percaya dialog strategik ASEAN-GCC di WEF penting sebagai momentum dalam mengukuhkan kerjasama ASEAN dan GCC, khususnya bagi perdagangan dan pelaburan.

Kerangka kerjasama ASEAN-GCC bersejarah, beri manfaat kepada kedua-dua blok - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Kerangka Kerjasama 2024-2028 antara blok ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) sebagai bersejarah.

Isu Palestin: Malaysia bukan mahu jadi jaguh tetapi tegas bela umat Islam
Ketegasan Malaysia memperjuangkan isu penduduk Palestin yang berterusan dizalimi Israel bukanlah kerana ia mahu menjadi jaguh sebaliknya dilakukan atas dasar tanggungjawab membela umat Islam.