RIYADH: Ketegasan Malaysia memperjuangkan isu penduduk Palestin yang berterusan dizalimi Israel bukanlah kerana ia mahu menjadi jaguh sebaliknya dilakukan atas dasar tanggungjawab membela umat Islam.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perjuangan itu perlu dilaksanakan kerana penduduk Palestin di Gaza telah ditindas sekian lama sehingga menjangkau lebih tujuh dekad.
"Umat Islam dicabar, diuji...sebab itu kita mesti menunjukkan ketegasan kita," kata beliau pada Majlis Ramah Mesra Bersama Diaspora Malaysia di Arab Saudi di sini petang ini.
Seramai 300 rakyat Malaysia yang bekerja, belajar dan tinggal di Arab Saudi menghadiri majlis itu yang dianjurkan oleh Kedutaan Malaysia di sini.
Pada majlis itu, Duta Besar Malaysia di Arab Saudi Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah menyambut ketibaan Anwar, yang diiringi Menteri Luar Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan.
Anwar kini dalam lawatan kerja dua hari bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pertama ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC), yang berakhir tengah hari tadi.
Pada majlis itu, Perdana Menteri turut berkongsi mengenai ucapannya pada sidang kemuncak ASEAN-GCC di mana beliau menggesa dunia supaya sama-sama bertindak dan "tidak tutup mata" dalam menoktahkan kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin.
"Dalam ucapan saya pada sidang kemuncak itu, saya mengucapkan penghargaan kepada Putera Mahkota Mohammed bin Salman kerana Arab Saudi bersama dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam mengambil inisiatif dengan negara-negara Islam untuk menyatakan pendirian berhubung konflik ini.
"...ada pendirian jelas...ya, memang masalah Gaza Palestin tidak selesai tetapi ini soal kemanusian. Ia soal prinsip keadilan.
"Ini bukan soal sentimen kaum, agama atau Arab. Ini isu Palestin...isu rampasan hak rakyat, tanah mereka, harta mereka malah maruah mereka telah dirampas," tegas Anwar.
Perdana Menteri berkata ketika konflik Palestin-Israel tercetus semula baru-baru ini, satu dunia marah dan riuh-rendah tentang keganasan yang berlaku.
"Pada hal, kezaliman (terhadap Palestin) dilakukan setiap hari...rampasan tanah, pembunuhan anak-anak, wanita berlaku, penghinaan berterusan berpuluhan tahun.
"Mana kemanusiaan? Ini yang menyebabkan kita perlu bersuara," kata Anwar sambil berharap langkah kecil Malaysia dalam isu itu boleh membantu mendorong negara-negara lain untuk turut membantu Palestin.
Menurut Anwar, selepas menghadap Putera Mahkota Mohammed esok, beliau akan berlepas ke Istanbul untuk bertemu Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan bagi berbincang lanjut isu Palestin dan Gaza sebelum ke Kaherah pula untuk berjumpa Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi.
"Pertemuan dengan El-Sisi bertujuan membincangkan mengenai pembukaan laluan Rafah bagi memudahkan penyaluran bantuan makanan, minuman dan perubatan ke Palestin," katanya.
Pada majlis ramah mesra itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya mengutamakan soal kestabilan politik, pertumbuhan ekonomi, membawa pelaburan asing serta mengangkat kesejahteraan rakyat.
Dalam membasmikan kemiskinan, beliau berkata dasar yang dilaksanakan kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tegar semakin menampakkan hasil apabila jumlah golongan itu berjaya dikurangkan kepada kira-kira 14,000 orang berbanding 120,000 orang pada awal 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 20 2023
Anwar berkata perjuangan itu perlu dilaksanakan kerana penduduk Palestin di Gaza telah ditindas sekian lama sehingga menjangkau lebih tujuh dekad. - Gambar Bernama
Dakwaan rasuah: Adani Group hilang projek lapangan terbang, tenaga di Kenya
Adani Group dari India kehilangan projek pembesaran lapangan terbang dan tenaga di Kenya selepas pengasasnya, Gautam Adani didakwa di Amerika Syarikat.
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
2,500 penduduk Gaza tidak dapat tunai haji akibat penutupan laluan Rafah
Perang berterusan di Gaza dan pendudukan Israel di laluan Rafah menghalang 2,500 rakyat Palestin daripada menunaikan ibadah haji tahun ini.
Isu Palestin: Malaysia bukan mahu jadi jaguh tetapi tegas bela umat Islam
Ketegasan Malaysia memperjuangkan isu penduduk Palestin yang berterusan dizalimi Israel bukanlah kerana ia mahu menjadi jaguh sebaliknya dilakukan atas dasar tanggungjawab membela umat Islam.