KAHERAH: Qatar dan Bahrain pada Rabu sepakat untuk memulihkan hubungan diplomatik selepas pergolakan serantau yang tercetus pada 2017.
Kementerian luar Bahrain dan Qatar memaklumkan bahawa hubungan diplomatik antara kedua-dua negara akan dipulihkan semula, menurut kenyataan yang dikeluarkan selepas pertemuan antara kedua-dua pihak di ibu pejabat Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di Riyadh.
Kedua-dua negara memaklumkan bahawa keputusan itu berpunca daripada keinginan untuk membangunkan hubungan dua hala dan meningkatkan integrasi dan perpaduan membabitkan enam negara GCC - terdiri daripada Bahrain, Kuwait, Qatar, Arab Saudi, Oman dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), lapor agensi berita Jerman (dpa).
Langkah itu dibuat selepas boikot yang berlanjutan selama dua tahun oleh Mesir, Arab Saudi, UAE dan Bahrain terhadap Qatar ditarik balik.
Pada 2017, empat negara Arab itu memutuskan hubungan diplomatik, perdagangan dan pelancongan dengan Qatar, dan menuduh Qatar menyokong kumpulan militan, satu tuduhan yang dinafikan Doha.
Pergolakan itu berterusan sehingga lima negara menandatangani deklarasi pada Januari 2021 yang menamatkan konflik itu.
Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS) Jake Sullivan mengalu-alukan pemulihan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara Teluk.
"Majlis Kerjasama Teluk yang bersatu sepenuhnya, di mana Bahrain dan Qatar adalah anggota penting, adalah... satu langkah penting ke arah mewujudkan rantau Timur Tengah yang lebih stabil dan makmur, termasuk melalui pengaturan komersial, ekonomi dan pertahanan yang lebih bersepadu," kata Sullivan dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2023

Kedua-dua negara memaklumkan bahawa keputusan itu berpunca daripada keinginan untuk membangunkan hubungan dua hala dan meningkatkan integrasi dan perpaduan membabitkan enam negara GCC.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Anwar terima panggilan telefon daripada PM Qatar mengenai situasi terkini Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatannya dari Qatar Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani, mengenai situasi terkini di Gaza.

Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar
Kejayaan mereka membuktikan bahawa semangat juang, dedikasi dan ketekunan mampu mengatasi segala cabaran.

Qatar lancar jambatan udara dari Jordan salur bantuan ke Gaza
Sejak bermulanya gencatan senjata Gaza, Qatar telah menghantar 65 trak bantuan merentasi sempadan Jordan.

Qatar gesa rundingan segera fasa kedua gencatan senjata Gaza
Qatar menggesa Israel dan Hamas untuk segera memulakan rundingan bagi fasa kedua perjanjian gencatan senjata di Gaza.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Yang Dipertua Dewan Negara Malaysia bincang perdagangan, pelaburan dengan Qatar Chamber
Awang Bemee memuji kepimpinan ekonomi Qatar dan persekitaran mesra pelaburan, serta kejayaan penganjuran Piala Dunia FIFA 2022.

Penduduk dibenarkan kembali ke utara Gaza pada Isnin hasil perantaraan Qatar
Mulai pagi Isnin, pihak berkuasa Israel akan benarkan penduduk yang kehilangan tempat tinggal di Gaza untuk kembali dari kawasan selatan.

Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.

'Sesuatu yang besar akan berlaku' - TMJ
Pemilik JDT itu menggambarkan bakal ada perkara yang sudah semestinya membawa kelebihan dan keuntungan buat kedua-dua belah pihak.

Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.