Si ibu mendakwa ternampak dua orang lelaki melarikan diri setelah menyimbah minyak ke tubuh anaknya lalu membakarnya. - Gambar hiasan
POLIS Pakistan dilaporkan menahan seorang lelaki yang disyaki cuba membunuh seorang gadis berusia 16 tahun kerana menolak pinangannya.
Dalam kejadian di daerah Muzaffargarh, ibu mangsa dikejutkan dengan jeritan anak perempuannya pada jam 1.30 pagi.
Si ibu mendakwa ternampak dua orang lelaki melarikan diri setelah menyimbah minyak ke tubuh anaknya lalu membakarnya.
Menurut wanita itu, suspek dan rakannya berniat membunuh anak gadisnya ekoran menolak pinangan yang dirancang oleh ibu bapa suspek.
Sementara itu, mangsa yang mengalami cedera lecur di muka, badan dan lengan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. - Agensi
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.