BERLIN: Kumpulan Negara G7 (G7) sepakat menolak tuntutan Moscow supaya eksport gas Rusia dibayar dalam mata wang ruble, kata Naib Canselor Jerman Robert Habeck pada Isnin.

Tuntutan Rusia "hanya membabitkan sebelah pihak dan jelas melanggar kontrak sedia ada", kata Habeck, yang juga menteri hal ehwal ekonomi dan tindakan iklim Jerman, selepas mesyuarat maya menteri tenaga G7, lapor Xinhua.

Jerman kini mempengerusikan G7.

Perjanjian yang telah dimeterai harus diteruskan, kata Habeck. "Pembayaran dalam ruble tidak boleh diterima," tambahnya, sambil menggesa syarikat terbabit supaya tidak menurut permintaan Rusia.

"Kami sepakat, dan tindak balas negara G7 adalah jelas," kata Habeck. "Perjanjian akan terus dihormati."

BACA: Rusia arahkan jualan minyak negara dalam mata wang ruble

Minggu lepas, Presiden Rusia Vladimir Putin mengumumkan bahawa penghantaran gas ke beberapa negara yang dianggap "tidak mesra Rusia" perlu dibayar dalam mata wang ruble.

-- BERNAMA