Pada September, AS mengimport 798 tan metrik aluminium yang tidak diproses dari Rusia dengan jumlah US$1.9 juta, menandakan kali pertama sejak Ogos 2023 negara itu mengimport aluminium Rusia.
Platinum kekal sebagai logam yang paling banyak diimport dari Rusia, dengan import meningkat enam kali ganda sejak Ogos kepada paras tertinggi tiga bulan berjumlah US$88.6 juta.
Pada masa yang sama, import titanium Rusia jatuh 1.6 kali ganda bulan ke bulan kepada US$1.4 juta pada September.
Pada April 2024, Washington mengenakan larangan penuh ke atas import aluminium, tembaga dan nikel dari Rusia, serta larangan perdagangan logam berkenaan di Chicago Mercantile Exchange (CME). Syarikat dilarang menyediakan perkhidmatan untuk pembelian, eksport, penjualan atau penghantaran logam berkenaan.
-- BERNAMA