AS tandatangan kontrak AS$33.1 bilion untuk pembangunan Pentagon
Amerika Syarikat menandatangani kontrak bernilai lebih AS$33.1 bilion untuk melaksanakan penyelidikan dan pembangunan bagi kepentingan Jabatan Pertahanan.
Bernama
Fri Nov 15 2024
Jabatan Pertahanan memaklumkan bahawa projek ini dijangka selesai pada 29 Sept 2027. - Foto REUTERS
MOSCOW: Amerika Syarikat menandatangani kontrak bernilai lebih AS$33.1 bilion dengan beberapa syarikat untuk melaksanakan penyelidikan dan pembangunan bagi kepentingan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, lapor Sputnik memetik kenyataan Pentagon.
Menurut kenyataan itu, Delta Resources dari Washington serta General Dynamics Information Technology dan Modern Technology Solutions dari Virginia dianugerahkan kontrak "indefinite-delivery/indefinite-quantity" bernilai maksimum AS$33.164 bilion.
Kontrak ini bertujuan menyokong pusat maklumat analisis Jabatan Pertahanan, yang merupakan sebahagian daripada Defence Technical Information Centre dalam usaha penyelidikan dan pembangunan di seluruh Jabatan Pertahanan.
Jabatan Pertahanan memaklumkan bahawa projek ini dijangka selesai pada 29 Sept 2027, namun butiran bidang kerja tidak dinyatakan.