Sebuah helikopter terhempas di wilayah Kirov, Rusia, pada Sabtu, melibatkan sekurang-kurangnya empat mangsa. - Foto X @Soupedesques
MOSCOW: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh apabila sebuah helikopter terhempas di wilayah Kirov, Rusia, lapor agensi berita Jerman dpa.
Helikopter Mi-2 terhempas berhampiran kampung Beleyenki, kira-kira 700 kilometer di timur laut Moscow, menurut Kementerian Situasi Kecemasan Rusia.
Selain juruterbang, seorang doktor dan dua paramedik dilaporkan berada di dalam helikopter itu.
Punca kemalangan masih belum didedahkan dan siasatan berhubung kejadian telah dilancarkan.
Helikopter Mi-2 dihasilkan dari pertengahan 1960-an hingga akhir 1990-an.
-- BERNAMA
Prospek Pelaburan 2025: Lebih Cabaran & Peluang
Memasuki tahun 2025 tidak lama lagi, ekonomi global dilihat berada di persimpangan, dengan ketegangan geopolitik, cabaran struktur di China dan dasar perdagangan AS, menambah ketidaktentuan pasaran. Ulasan bersama Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan.