BALI (Indonesia): Kumpulan 20 (G20) "berperanan penting" dalam membentuk dasar kesihatan global, kata Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Selasa.
"Kemanusiaan memerlukan kepimpinan politik dan keazaman dari segi dasar kesihatan.
"G20 mempunyai peranan penting dalam hal ini," kata Erdogan ketika sesi kesihatan di Sidang Kemuncak Pemimpin G20 di Bali, Indonesia.
Erdogan menekankan perlunya negara G20 mengambil pendekatan holistik dalam usaha memperkukuh sistem kesihatan global dan mengelak wabak penyakit masa depan, lapor Agensi Anadolu.
"Proses kerjasama penyelidikan dan pembangunan yang dimulakan oleh presiden G20 Indonesia dan disokong Turkiye beserta enam ahli lain sudah pasti akan memberi manfaat.
"Turkiye secara aktif menyumbang kepada usaha global dengan mengambil pendekatan berpaksikan manusia semasa pandemik," katanya.
Beliau berkata Turkiye mementingkan keperluan kumpulan yang kurang bernasib baik.
"Kami mengekalkan akses tanpa gangguan kepada perkhidmatan kesihatan untuk lima juta pelarian di negara kami," katanya.
Turkiye turut membantu 161 negara dan 12 organisasi antarabangsa dalam memerangi COVID-19 serta menyumbang lebih 6.3 juta dos vaksin kepada 19 negara, kata Erdogan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 16 2022
Erdogan (kanan) berbincang sesuatu dengan Presiden AS, Joe Biden di Bali, Indonesia sempena sidang G20 pada Selasa. - AP
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Turkiye sambut ulang tahun ke-101, perkukuh hubungan erat dengan Malaysia
Kedutaan Turkiye di Malaysia menganjurkan majlis resepsi pada Selasa malam bagi meraikan ulang tahun ke-101 republik itu.
[TERKINI] 5 maut, 22 cedera serangan pengganas ke atas Turkish Aerospace Industries
Dua pengganas yang menyerang kemudahan Turkish Aerospace Industries (TAI) di Ankara telah "ditewaskan."
Presiden Turkiye kecam serangan Turkish Aerospace Industries
Serangan ke atas TAI "mensasarkan kelangsungan negara kita" kata Presiden Erdogan.
Erdogan ucap takziah atas kematian pemimpin Hamas Yahya Sinwar
Erdogan sifatkan pemimpin dan anggota pejuang Hamas yang syahid, sebagai legenda perjuangan Palestin.
Presiden Turkiye kecam kehadiran Perdana Menteri Israel di PBB
Recep Tayyip Erdogan menyifatkan kehadiran Benjamin Netanyahu sebagai 'memalukan'.
Erdogan kecam UNSC kerana gagal hentikan perang di Gaza
Recep Tayyip Erdogan mengkritik UNSC kerana gagal menghentikan apa yang disifatkannya sebagai "genosid" di Semenanjung Gaza.
Turkiye akan terus tingkatkan tekanan ke atas Israel - Presiden Erdogan
Erdogan maklumkan kepada Presiden Mahmoud Abbas, Turkiye akan terus sokong perjuangan Palestin.
Turkiye isytihar hari berkabung selepas kematian Ismail Haniyeh
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan berkata hari berkabung itu juga sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.
Gaza telah jadi ‘kem penghapusan terbesar dunia’ - Presiden Turkiye
Kekejaman dan barbarisme Israel dihentikan dengan segera, sebelum terlambat, tegas Erdogan.
Turkiye mungkin masuki Israel untuk bantu rakyat Palestin - Erdogan
"Kita mesti kuat supaya Israel tidak boleh melakukan perkara yang tidak masuk akal ini kepada Palestin."