WASHINGTON: Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) Amerika Syarikat telah merujuk aduan terhadap aplikasi popular TikTok dan syarikat induknya ByteDance kepada Jabatan Kehakiman atas dakwaan gagal melindungi privasi kanak-kanak, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Dalam satu kenyataan pada Selasa, FTC memaklumkan pihaknya telah "mendedahkan sebab untuk mempercayai" bahawa TikTok dan ByteDance "melanggar atau hampir melanggar" Akta Perlindungan Privasi Kanak-kanak Dalam Talian.
Sementara itu, TikTok menolak dakwaan terbabit menerusi satu kenyataan di platform X, dengan menyatakan pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan FTC selama lebih setahun.
"Kami kecewa agensi itu meneruskan litigasi dan bukannya bekerjasama dengan kami untuk mencari penyelesaian yang munasabah," menurut Tiktok sambil menambah banyak dakwaan FTC berkaitan peristiwa dan amalan lampau adalah tidak tepat atau telah ditangani.
Pada tahun 2019, TikTok bersetuju untuk membayar US$5.7 juta untuk menyelesaikan dakwaan FTC terhadap syarikat pendahulunya, Musical.ly, mengenai pengendalian data daripada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun tanpa kebenaran ibu bapa, yang melanggar undang-undang AS.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 19 2024
FTC AS telah merujuk aduan terhadap aplikasi popular TikTok dan syarikat induknya ByteDance kepada Jabatan Kehakiman atas dakwaan gagal melindungi privasi kanak-kanak. -Gambar fail/Reuters
Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat
Kesemua mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan empat daerah.
Kempen Biden catat rekod kutip AS$38 juta dalam 4 hari selepas debat - Laporan
Kempen pemilihan semula Presiden AS, Joe Biden catat rekod dengan mengumpulkan AS$38 juta (RM180 juta) dalam empat hari sejak debat presiden pertama.
Kerajaan setuju cadangan tempoh kelulusan pajakan melombong
Mesyuarat Majlis Mineral Negara Ke-3 (MMN Ke-3) hari ini bersetuju dengan cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong dan lesen melombong tuan punya di bawah Enakmen atau Ordinan Mineral Negeri, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
MCMC berjaya pulih 14 menara pemancar telekomunikasi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama syarikat telekomunikasi berjaya memulihkan 14 daripada 41 menara pemancar telekomunikasi di beberapa kawasan Pantai Barat Sabah yang terjejas akibat banjir setakat pagi Selasa.
Tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Perbincangan Akta Ombudsman Malaysia, lawatan Timbalan Perdana Menteri ke China sempena ulangtahun ke-50 hubungan dua hala, dan usaha membangunkan Sandakan sebagai destinasi pelayaran jadi tumpuan di Dewan Rakyat.
Sheikh Al-Azhar tiba di Malaysia untuk lawatan khas selama empat hari
Pesawat komersial yang membawa Sheikh Al-Azhar mendarat di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini pada 10.42 malam dan disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
[TERKINI] Mangsa di Sabah terus meningkat setakat Selasa malam
Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat kepada 503 orang daripada 145 keluarga pagi Raby di empat pusat pemindahan sementara (PPS).
EURO 2024: Dua gol Merih Demiral pacu Turkiye ke suku akhir tewaskan Austria
Dua jaringan Merih Demiral mengangkat beliau sebagai watak penting dalam memacu Turkiye melangkah ke pusingan suku akhir EURO 2024.
Sheikh Al-Azhar tiba di Malaysia untuk lawatan khas selama empat hari
Lawatan khas oleh Sheikh Al-Azhar yang berstatus Perdana Menteri merupakan detik bersejarah dalam hubungan dua hala antara Malaysia dan Republik Arab Mesir.
Al-Ittihad pecat Marcelo Gallardo
Kelab Liga Pro Saudi itu umum pemecatan pengurus yang juga ketua jurulatih Marcelo Gallardo berkuat kuasa Selasa.
Tidak semua penurunan kandungan di TikTok atas permintaan MCMC, kerajaan Malaysia
Tidak semua penurunan kandungan dalam talian termasuk di platform TikTok di negara ini dibuat berdasarkan permohonan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) atau kerajaan Malaysia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis rakam keterangan Firdaus Wong isu kanak-kanak peluk Islam
Polis mengambil keterangan pendakwah, Firdaus Wong berhubung kenyataannya mengenai cara menangani permintaan remaja bawah umur untuk memeluk Islam.
FTC AS tuduh TikTok langgar privasi kanak-kanak
TikTok menolak dakwaan terbabit menerusi satu kenyataan di platform X, dengan menyatakan pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan FTC selama lebih setahun.
Sampah dibuang merata 'kembali' ke rumah tuannya
Penduduk sekitar mengetahui alamat pelaku menerusi sepucuk surat yang tertera maklumatnya yang turut dibuang bersama sampah-sampah yang lain.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kerajaan Australia guna TikTok dalam kempen antimerokok, vape
Kerajaan Australia telah melancarkan kempen baharu yang menggalakkan orang ramai untuk berhenti merokok dan menghisap vape.
ByteDance rancang labur RM10 bilion, jadikan Malaysia hab AI di rantau ini - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata perkara itu dimaklumkan ketika pertemuan beliau dengan Naib Presiden TikTok Helena Lersch di Singapura, hari ini.
Polis tahan lelaki burukkan, ubah suai gambar Setiausaha Kerajaan Kelantan
Polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun kerana disyaki memburukkan nama kerajaan Kelantan dan mengubah suai gambar Setiausaha Kerajaan negeri itu dalam aplikasi TikTok.
TikTok dilapor bakal kurangkan sekitar 1,000 pekerja
Ia dikatakan akan melibatkan pekerja global TikTok, termasuk melibatkan bahagian operasi, kandungan dan juga pemasaran.