CANBERRA: Kerajaan Australia telah melancarkan kempen baharu yang menggalakkan orang ramai untuk berhenti merokok dan menghisap vape, lapor Xinhua.
Menteri Kesihatan Mark Butler, pada Isnin mengumumkan kempen pengiklanan bernilai AU$63.4 juta (AS$41.7 juta) untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya merokok dan menghisap vape.
Kempen ini merupakan kali pertama Kerajaan Persekutuan mengiklankan kepada umum tentang risiko dan bahaya penggunaan vape, dan merupakan kempen pengiklanan antimerokok nasional pertama dalam hampir 10 tahun.
Kempen ini akan disiarkan di televisyen, radio dan media sosial. Buat kali pertamanya, TikTok akan digunakan dalam kempen pengiklanan Kerajaan Persekutuan.
"Nikotin sangat menagihkan dan sebelum anda sedar, apa yang bermula sebagai sesuatu yang sekali-sekala menjadi sesuatu yang lebih serius tetapi tidak pernah terlambat untuk berhenti," kata Butler dalam satu kenyataan.
Menurut organisasi bukan kerajaan, Cancer Council, merokok adalah penyebab utama kematian dan penyakit yang boleh dicegah di Australia, menyumbang kepada 24,000 kematian setiap tahun.
Pada Mac lepas, Butler telah memperkenalkan undang-undang kepada parlimen yang akan mengharamkan pembuatan, pengiklanan, bekalan dan pemilikan komersial vap pakai buang yang tidak terapeutik di Australia.
Pada bulan Januari, kerajaan telah mengharamkan import vap pakai buang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 10 2024
Buat kali pertamanya, TikTok akan digunakan dalam kempen pengiklanan Kerajaan Persekutuan. - Gambar hiasan/AP
Parlimen Jepun mulakan sidang khas Isnin, Ishiba dijangka dilantik semula sebagai PM
Parlimen Jepun akan mengadakan sidang khas bermula Isnin depan selepas pilihan raya umum.
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan libatkan dua lori
Kemalangan melibatkan lori tiga tan membawa kasut yang dinaiki mangsa melanggar belakang lori lima tan membawa muatan kayu.
Ahli radiologi petugas barisan hadapan pengesanan awal penyakit
Mereka memainkan peranan penting di sebalik tabir dalam setiap aspek penjagaan pesakit, daripada pengesanan awal penyakit, diagnosis sehingga pelan rawatan dan pengurusan berterusan.
PRR akan kuat kuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuat kuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan.
Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."
Setiausaha Agung ASEAN, PM Thailand bincang jenayah rentas sempadan, inisiatif pendidikan banduan
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Selasa.
Pilihan Raya AS: Apa itu electoral college/electoral vote?
Electoral College merujuk kepada institusi dan proses yang digunakan untuk memilih Presiden Amerika Syarikat setiap empat tahun.
WHO bakal pindahkan lebih 100 pesakit dari Gaza
WHO merancang untuk memindahkan lebih 100 pesakit dari Semenanjung Gaza pada Rabu, dalam operasi pertama seumpamanya di Wilayah Palestin.
Britain akan haramkan merokok di taman permainan, luar sekolah dan hospital
Langkah-langkah ini sebahagian cadangan menyeluruh untuk melindungi kesihatan awam.
Kerajaan Australia guna TikTok dalam kempen antimerokok, vape
Kerajaan Australia telah melancarkan kempen baharu yang menggalakkan orang ramai untuk berhenti merokok dan menghisap vape.
"Rasa seperti dilahirkan semula" - Sajat dakwa tukar jantina di Australia
Sajat mendakwa, status penukaran jantinanya diluluskan kerajaan Australia.
Permohonan visa Azizulhasni ke Australia akhirnya lulus
Pelumba basikal nombor satu negara, Azizulhasni Awang akhirnya mendapat kelulusan visa dari kerajaan Australia untuk terus berlatih di Melbourne.