KOTA BHARU: Polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun kerana disyaki memburukkan nama kerajaan Kelantan dan mengubah suai gambar Setiausaha Kerajaan negeri itu dalam aplikasi TikTok.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata suspek ditahan pada jam 5.30 petang semalam oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sebuah rumah di Taman Kuantan Jaya, Kuantan, Pahang.
Beliau berkata suspek ditahan susulan polis menerima laporan kes berkenaan daripada pengadu yang melihat aplikasi berkenaan.
"Dalam hantaran itu memaparkan gambar seakan susuk tubuh Setiausaha Kerajaan Kelantan beserta ayat-ayat yang memburukkan nama baik kerajaan negeri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Muhamad Zaki berkata polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenis Realme 11 5G dan sebuah komputer riba jenama Avita.
"Suspek mempunyai satu rekod kesalahan lampau berkait Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbaya 1952 dan direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Jumaat ini.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komuniksi Multimedia dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 05 2024
Muhamad Zaki (tengah) menunjukkan fotofit suspek yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan ketika ditemui pemberita sempena Program Townhall Ketua Polis Kelantan 2024 di Politeknik Jeli hari ini. - Gambar Bernama
Hannah harap kejayaan Para SUKMA 2024 jadi inspirasi daftar anak OKU
Menurut rekod, hanya 700,000 kad OKU dikeluarkan setakat ini sedangkan dianggarkan lebih empat juta OKU masih belum berdaftar.
Gema suara Malaysia sampaikan isu di pentas dunia
Malaysia mencadangkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melantik seorang Wakil Khas bagi memerangai Islamofobia.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan juga menyeru tindakan segera di peringkat global terhadap peningkatan gelombang ucapan kebencian dan keganasan yang menyasarkan golongan minoriti, terutamanya melibatkan umat Islam.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan juga menyeru tindakan segera di peringkat global terhadap peningkatan gelombang ucapan kebencian dan keganasan yang menyasarkan golongan minoriti, terutamanya melibatkan umat Islam.
Hubungan Malaysia-Mesir diperkukuh sejak tahun-tahun kebelakangan ini - Menteri Luar Mesir
Abdel Aati menyatakan harapan agar hubungan dua hala antara kedua-dua negara akan terus berkembang dan memupuk kerjasama yang lebih erat.
Suara Malaysia merentasi pelbagai isu di pentas badan dunia
Bersama wartawan Astro AWANI yang berada di New York bagi membawakan laporan berkenaan UNGA ke-79.
UNGA 79: Malaysia cadang PBB lantik Wakil Khas tangani isu Islamofobia
Malaysia mencadangkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melantik seorang Wakil Khas bagi memerangai Islamofobia.
Tingkatkan penglibatan negara Selatan Global dalam agenda dunia
Malaysia menyeru ke arah meningkatkan penglibatan negara Selatan Global (Global South) dalam tadbir urus global, pembiayaan Pembangunan dan tindakan iklim. Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, suara negara-negara membangun tidak boleh lagi diabaikan.
UNGA 79: Isu Laut China Selatan jadi fokus Malaysia
Malaysia bersedia mempengerusikan ASEAN pada 2025 dan komited mengukuhkan peranan blok serantau dalam memacu masa depan rantau Asia Pasifik dengan daya tahan, keterangkuman dan mengekalkan keamanan serantau di tengah-tengah ketidaktentuan global.
ASEAN: Malaysia komited perkukuh peranan blok serantau
Malaysia bersedia mempengerusikan ASEAN pada 2025 dan komited mengukuhkan peranan blok serantau dalam memacu masa depan rantau Asia Pasifik dengan daya tahan, keterangkuman dan mengekalkan keamanan serantau di tengah-tengah ketidaktentuan global.
[TERKINI] UNGA 79: Malaysia gesa PBB aktifkan semula Jawatankuasa Khas, tangani Apartheid
Malaysia mengulangi gesaannya bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengaktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid.
23 terbunuh, 65 cedera dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan
Pesawat dan dron Israel melancarkan kira-kira 90 serangan pada waktu petang, menyasarkan kira-kira 45 kampung dan bandar di selatan Lubnan.
TikTok Shop Summit kembali, bakal beri manfaat kepada PMKS
Jenama tempatan berpeluang meneroka peluang pertumbuhan baharu melalui sesi pemadanan dengan pencipta kandungan terkemuka.
Buli siber pempengaruh Esha, pemandu lori dipenjara 12 bulan
Seorang pemandu lori dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen kerana membuat dan menggunakan komunikasi lucah serta mengaibkan pempengaruh TikTok, Esha yang maut dipercayai dibuli, empat tahun lepas.
Akaun TikTok jual dadah dalam bentuk lolipop telah disekat - Fahmi
TikTok telah mengambil tindakan terhadap satu akaun pengguna dengan menurunkan kandungan jualan dadah dalam bentuk lolipop selepas ia tular di media sosial.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
TikTok berdepan larangan di AS di tengah-tengah ketegangan AS-China
TikTok, platform video pendek dengan kira-kira 1.6 bilion pengguna di seluruh dunia dan 170 juta di Amerika Syarikat (AS), kekal sebagai pusat ketegangan geopolitik antara AS dan China.
MAHA 2024: NAFAS tampil kelainan dengan inovasi sektor baja, pertanian moden
Bersempena penganjuran MAHA 2024, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan menampilkan kelainan dengan inovasi dalam sektor baja, pertanian moden serta produk makanan sejuk beku jenama Peladang.
Siti Nurhaliza kongsi pengalaman, cabaran harungi dunia bisnes 'online'
Siti akui tidak pernah berhenti menuntut dan berkongsi ilmu bagi menambah baik kandungan di platform media sosial, termasuk memahami keupayaan media sosial dalam aspek pemasaran.
RUU Keselamatan Dalam Talian menyeluruh termasuk melindungi hak kanak-kanak
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian yang dijangka di bentang Oktober depan, bersifat menyeluruh dan mengambil kira jenayah siber yang mungkin berlaku termasuk melibatkan kanak-kanak.
Pemandu bas sekolah viral: 'Bagaimana TikTok benar akaun seperti ini begitu lama?' - Fahmi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia bagi mengenal pasti pihak lain yang didapati melakukan kesalahan dalam video pemandu bas.
Polis tahan pemandu bas sekolah 'viral'
Lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di kawasan Simpang Renggam, Johor pada jam 2.57 pagi Jumaat.