Menerusi platform X, Fahmi mendakwa akaun TikTok miliknya itu disekat secara kekal ketika beliau sedang membuat sesi syarahan Student Power secara penstriman langsung di Universiti Malaya.
“Akaun TikTok aku kena permanently banned semasa aku buat livestream sesi Student Power lecture di kampus UM tadi.
“Mula-mula TikTok sekat sesi live aku, kemudian mereka banned terus akaun aku,” catatnya di X.
Akaun TikTok @kuasasiswa dengan 213,600 pengikut itu, yang mana sebahagian besar kandungannya adalah berkaitan satira politik dan jumlah suka mencecah sehingga 1.9 juta sudah tidak ada lagi dalam carian.
Fahmi Reza sebelum ini pernah beberapa kali mencetuskan kontroversi sehingga dipanggil pihak polis kerana membuat hantaran jelik, menghina permaisuri Agong dan menghasilkan karikatur berkaitan kerajaan dan politik di media sosial.