KOTA KINABALU: Aktivis Fahmi Reza direman sehingga esok bagi membantu siasatan berhubung satu karyanya yang seumpama sindiran.


Ringkasan AI
  • Aktivis Fahmi Reza direman sehingga esok bagi membantu siasatan berhubung satu karyanya yang seumpama sindiran.
  • Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali di Mahkamah Majistret.
  • Fahmi sedang disiasat berhubung penghasilan grafik mengenai gabenor Sabah yang baru dilantik, Tun Musa Aman.


Perintah reman dikeluarkan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali, di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Peguam Fahmi, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Sherzali Herza Asli mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.

Media sebelum ini melaporkan Fahmi sedang disiasat berhubung penghasilan satu grafik mengenai gabenor Sabah yang baru dilantik Tun Musa Aman.

-- BERNAMA