KUALA LUMPUR: Tidak semua penurunan kandungan dalam talian termasuk di platform TikTok di negara ini dibuat berdasarkan permohonan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) atau kerajaan Malaysia, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Beliau berkata penurunan kandungan oleh penyedia platform tertakluk kepada pertimbangan dan penilaian penyedia platform itu sendiri berdasarkan laporan penyalahgunaan daripada pengguna dan permohonan pihak berkuasa.
"Memang dalam Laporan Permintaan Pengalihan Keluar oleh Kerajaan ini menyatakan bahawa TikTok telah menerima permintaan daripada kerajaan Malaysia sebanyak 1,862, namun laporan ini juga menunjukkan bahawa keseluruhan kandungan yang diterima untuk diturunkan berjumlah 6,231.
"Ini bermakna bukan semua permohonan penurunan kandungan dibuat MCMC ataupun kerajaan Malaysia," katanya pada sesi penggulungan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) 2021 dan 2022 bagi Kementerian Komunikasi di Dewan Rakyat hari ini.
Teo berkata laporan itu juga menunjukkan bahawa 2,514 kandungan telah diturunkan kerana melanggar garis panduan komuniti, tindakan atas sebab melanggar undang-undang tempatan ( 2,970) dan kandungan tidak diambil tindakan oleh platform TikTok (747).
Beliau berkata ini menunjukkan jika platform tersebut tidak merasakan bahawa sesuatu kandungan itu melanggar antara dua undang-undang atau garis panduan di atas, mereka tidak akan menurunkan kandungan yang diminta.
Teo berkata sekiranya terdapat sebarang kandungan yang telah diturunkan oleh penyedia platform media sosial, pengguna dinasihatkan berhubung terus dengan penyedia platform media sosial yang berkaitan untuk mengetahui justifikasi tindakan penurunan tersebut.
Menurutnya adalah tidak adil jika menganggap semua kandungan yang diturunkan adalah berkaitan kritikan terhadap kerajaan memandangkan sejak 2019 hingga 2023 penipuan dalam talian meningkat 95.2 peratus dan judi dalam talian meningkat 273 peratus (2019 sehingga 2022).
"Apabila MCMC mengambil tindakan proaktif dengan menghantar laporan kepada penyedia platform, tuduhan juga datang daripada ahli-ahli Parlimen sebelah sana bahawa ini cubaan kerajaan mahu memperketat kebebasan media sedangkan kita semua perlu memahami bahawa isu ini dihadapi bukan sahaja di Malaysia hari ini tapi dalam kerajaan lain juga," katanya.
Teo berkata kerajaan komited melindungi pengguna Internet di Malaysia daripada aktiviti dalam talian yang memudaratkan seperti yang melibatkan kepentingan awam, jenayah, salah guna, ancaman dan provokasi.
Sehubungan itu, tindakan yang diambil adalah demi menjaga keseimbangan kebebasan bersuara dan perlindungan masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 02 2024

Timbalan Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching ketika hadir pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Tidak semua penurunan kandungan di TikTok atas permintaan MCMC, kerajaan Malaysia
Tidak semua penurunan kandungan dalam talian termasuk di platform TikTok di negara ini dibuat berdasarkan permohonan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) atau kerajaan Malaysia.