MOSCOW: Kesatuan Eropah (EU) menawarkan vaksin COVID-19 percuma kepada China untuk membantu negara berkenaan membendung penularan penyakit itu ketika Beijing bersiap sedia bagi menamatkan sekatan pergerakan diperketatkan dan membuka sempadannya, lapor Sputnik.
The Financial Times memetik pegawai EU sebagai berkata tawaran itu yang dibuat dalam beberapa hari kebelakangan ini menjelang mesyuarat menteri kesihatan EU pada Selasa merupakan sebahagian tindak balas Suruhanjaya Eropah terhadap kemungkinan gelombang baharu kes COVID-19 di seluruh dunia selepas China memutuskan untuk menamatkan "dasar toleransi sifar" terhadap virus itu.
"Pesuruhjaya Kesihatan EU Stella Kyriakides telah menghubungi rakan sejawatannya dari China untuk menawarkan solidariti dan sokongan termasuk kepakaran kesihatan awam serta sumbangan vaksin EU yang disesuaikan dengan varian," kata seorang pegawai EU dipetik sebagai berkata.
Kerajaan China masih belum menjawab tawaran yang dibuat oleh EU itu.
Pada November, China menyaksikan peningkatan wabak COVID-19 tempatan. Berdasarkan kemerosotan situasi epidemiologi, pihak berkuasa melaksnakan sekatan pergerakan separa di beberapa kawasan selain turut memaksa penduduknya menjalani ujian PCR setiap hari.
Pada Disember, China mengumumkan pelonggaran dasar toleransi sifar untuk COVID-19 dan bersedia untuk membuka semula sempadannya pada Januari. Pengakhiran hampir tiga tahun langkah ketat di negara berpenduduk 1.4 bilion orang itu dikhuatiri berpotensi membawa kepada penyebaran besar-besaran penyakit itu di seluruh dunia.
Setakat ini, dua vaksin COVID-19 utama Sinovac dan Sinopharm yang dikeluarkan dalam negara dan digunakan China, tidak diaktifkan. Tiada vaksin mRNA tersedia di China untuk kegunaan besar-besaran, yang boleh menjadi punca prestasi China yang agak buruk dalam menangani wabak itu, menurut pakar Barat.
Pada akhir Disember, Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata liputan vaksinasi semasa di China tidak mencukupi dan langkah yang lebih aktif diperlukan untuk mengekang penyebaran virus itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 03 2023

Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata liputan vaksinasi semasa di China tidak mencukupi dan langkah yang lebih aktif diperlukan untuk mengekang penyebaran virus itu. - Gambar hiasan/ Reuters

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah
Keputusan Donald Trump untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas import keluli dan aluminium yang memasuki negara itu, telah mencetuskan tentangan hebat di seluruh Eropah, lapor Xinhua.

EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine
Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) membelanjakan sejumlah EUR134 bilion (US$138.8 bilion) bagi menyokong serta membekalkan senjata kepada Ukraine.

EU digesa larang semua urus niaga dengan penempatan haram Israel
Lebih 150 organisasi hak asasi manusia, kesatuan pekerja dan kumpulan masyarakat sivil menggesa EU untuk mengharamkan perdagangan dengan penempatan Israel di Wilayah Palestin yang Diduduki.

Suruhanjaya Eropah suarakan kebimbangan terhadap sekatan AS ke atas eksport cip AI
Sekatan ini dilihat tidak selaras dengan kepentingan ekonomi dan keselamatan AS.

Undang-undang pengecas EU berkuatkuasa hari ini
Peraturan baharu ini menetapkan penyambung USB-C yang digunakan oleh peranti berasaskan android sebagai piawaian di EU.

Borrell gesa tekanan global ke atas Israel untuk gencatan senjata dengan Hezbollah
Menurut Borrell, tiada sebab untuk Israel menolak perjanjian semasa yang sedang dipertimbangkan, yang memberi semua jaminan keselamatan yang diperlukan.

EU terkejut dengan serangan udara terbaharu Israel di selatan, timur Lubnan
Pesawat tempur Israel pada awal pagi Khamis melancarkan beberapa siri serangan udara di seluruh Lubnan.

Ahli Parlimen EU protes terhadap Israel di sesi Parlimen dengan kod QR di baju
Della Valle kesal tindakan Israel menyerang pasukan UNIFIL tidak dikutuk oleh Kesatuan Eropah (EU).

Brussels umum undang-undang baharu usir migran tanpa hak untuk tinggal
"Dasar imigresen EU hanya boleh mampan jika mereka yang tidak mempunyai hak untuk tinggal di EU dikembalikan dengan berkesan."

Berdepan bantahan keras, EU tangguh peraturan penebangan hutan
Tindakan itu mencetuskan bantahan serta-merta daripada kumpulan alam sekitar yang memuji undang-undang itu sebagai satu kejayaan besar.