NEW YORK: Presiden Brazil, Jair Bolsonaro yang menolak vaksinasi COVID-19 berdepan padah apabila beliau terpaksa menikmati piza di tepi jalan gara-gara tidak mematuhi syarat untuk dine in seperti ditetapkan kebanyakan premis perniagaan di New York, Amerika Syarikat (AS).
Gambar tersebut dikongsi oleh delegasi beliau yang mengiringi pemimpin tersebut menjelang Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-76 pada minggu ini menerusi Twitter pada Isnin dan turut memaparkan kapsyen sinis ‘makan malam mewah’ di kota metropolitan itu.
Pada minggu lalu, bandar raya New York melaksanakan vaksinasi mandatori yang memerlukan individu menunjukkan sijil imunisasi COVID-19 untuk memperoleh akses di tempat awam.
Bagi mengekang penularan wabak itu, kerajaan tempatan turut mengemukakan surat kepada Presiden UNGA, Abdulla Shahid dan menekankan tentang keperluan vaksinasi mandatori.
Abdulla yang pada mulanya menyokong syarat wajib itu bagaimanapun mengubah keputusan apabila beliau menyatakan sijil vaksinasi tidak diperlukan, sekali gus membolehkan Bolsonaro menyertai mesyuarat peringkat tertinggi agensi antarabangsa tersebut. - Agensi
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Sep 21 2021
Bolsonaro (tiga dari kiri) menikmati 'makan malam mewah' di tepi jalan kota metropolitan, New York. -Foto Agensi
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
Trump calonkan Whitaker sebagai Duta AS ke NATO
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu menamakan bekas pemangku peguam negara, Matthew Whitaker sebagai pilihannya untuk jawatan Duta AS ke Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Trump berkata Whitaker akan mengukuhkan hubungan dengan rakan kongsi NATO dan berdiri teguh dalam menghadapi ancaman terhadap keamanan serta kestabilan, lapor Agensi Berita Jerman (DPA).
Kapal angkasa kargo Rusia berjaya dilancar ke orbit
Rusia berjaya melancarkan kapal angkasa kargo Progress MS-29 ke orbit menggunakan roket pengangkut Soyuz-2.1a
Taikun India Gautham Adani terpalit rasuah jutaan dolar
Pengerusi Kumpulan Adani India, Gautam Adani didakwa di Mahkamah Persekutuan New York, Amerika Syarikat atas pertuduhan berkaitan skim rasuah dan penipuan besar-besaran. Adani bersama tujuh individu lain, termasuk anak saudaranya, Sagar Adani didakwa membayar rasuah bernilai 265 juta (RM1.18 bilion) kepada pegawai kerajaan India untuk mendapatkan kontrak yang menjana keuntungan AS$2 bilion dalam tempoh 20 tahun.
“Dunia semakin teruk” : Presiden Lula rasmi Sidang Kemuncak Pemimpin G20 di Brazil
"Dunia semakin teruk: kita mempunyai bilangan konflik bersenjata tertinggi sejak Perang Dunia II dan jumlah perpindahan paksa terbesar yang pernah direkodkan."
Presiden Brazil batalkan perjalanan ke Sidang Kemuncak COP16 atas nasihat perubatan
Presiden Lula da Silva dinasihatkan supaya mengelakkan perjalanan jauh selepas mengalami kecederaan di kepala akibat terjatuh di bilik mandi pada 19 Okt.
Presiden Brazil pulih selepas kecederaan di kepala
Pada 19 Okt, Lula terjatuh dalam bilik air di Palacio da Alvorada, kediaman rasmi Presiden hingga mengakibatkan kecederaan di kepala.
PM Anwar seru perjuangkan kebangkitan Selatan Global
Ini kerana Selatan Global sedang berubah dan memperlihatkan perubahan dalam negara-negara barat.
PM Anwar nyatakan hasrat Malaysia sertai BRICS kepada Presiden Brazil
Anwar mengesahkan telah menyatakan hasrat untuk menyertai organisasi antara kerajaan, BRICS kepada Presiden Brazil.
China mahukan persaingan sihat, tolak peperangan - Presiden Brazil
Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva, menyifatkan China sebagai ekonomi penting bagi dunia yang sudah tentu memerlukan persaingan yang sihat dalam ekonomi, sains dan teknologi.
Presiden Brazil tidak mahu 'gembirakan sesiapa' berhubung perang di Ukraine
Lula da Silva tegaskan, matlamatnya adalah untuk "mencari kaedah membawa rusia dan ukraine ke meja rudingan.'
Lula da Silva angkat sumpah Presiden Brazil
Dalam ucapannya, beliau menyifatkan pesta demokrasi yang diadakan membuktikan pilihan rakyat.
Presiden Brazil Bolsonaro dimasukkan ke hospital
Presiden Brazil Jair Bolsonaro telah dimasukkan ke hospital dan kini menjalani ujian kesihatan.
Enggan divaksinasi, Presiden Brazil terpaksa makan piza di tepi jalan
Pada minggu lalu, bandar raya New York melaksanakan vaksinasi mandatori yang memerlukan individu menunjukkan sijil imunisasi COVID-19 untuk memperoleh akses di tempat awam.