PRESIDEN Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva menegaskan, beliau tidak mahu cuba mengambil hati mana-mana pihak berikutan pandangannya mengenai pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
Kenyataan dibuat selepas Lula da Silva mencetus kritikan dari blok barat apabila berkongsi pandangan, Kyiv turut sama bertanggungjawab ke atas perang.
Bercakap di Lisbon pada permulaan lawatan pertamanya ke Eropah sejak dipilih sebagai Presiden, Lula da Silva tegaskan, matlamatnya adalah untuk "mencari kaedah membawa Rusia dan Ukraine ke meja rudingan.'
Menurutnya, beliau mahu mencari alternatif ketiga menyelesaikan konflik melalui pembinaan keamanan.
Minggu lalu, beliau berkata, Amerika Syarikat dan sekutu Eropah harus berhenti membekalkan senjata ke Ukraine dengan alasan bahawa mereka memanjangkan perang.
White house kemudian menuduh kenyataan Lula da Silva sebagai propaganda Rusia dan China.
Sementara itu, Presiden Portugal, Marcelo Rebelo de Sousa yang mengiringi Lula da Silva pada sidang akhbar itu berkata, pendirian negara mereka terhadap perang adalah berbeza.
Portugal ialah ahli pengasas pakatan pertahanan nato barat dan telah menghantar peralatan ketenteraan ke Ukraine.
Rebelo de Sousa berkata, Ukraine mempunyai hak untuk mempertahankan diri dan mendapatkan semula wilayahnya.
Lula da Silva tiba di Portugal pada Jumaat untuk lawatan lima hari ketika beliau berusaha memperbaiki hubungan dengan negara asing.
Beliau kemudian menandatangani 13 perjanjian mengenai teknologi, peralihan tenaga, pelancongan, budaya dan pendidikan dengan Perdana Menteri Portugal, Antonio Costa.
Sementara itu, Brazil memaklumkan, Portugal boleh menjadi sekutu penting dalam membantu blok Amerika Selatan untuk merundingkan perjanjian perdagangan bebas dengan Kesatuan Eropah.
Astro Awani
Sat Apr 22 2023

Presiden Brazil, Luis Inacio Lula da Silva (kanan) disambut oleh Presiden Portugal, Marcelo Rebelo sebaik tiba di Lisbon pada lawatan pertamanya ke negara Eropah. - Gambar AP
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

AS, Rusia komited akhiri perang di Ukraine melalui penyelesaian adil
Kata sepakat itu dicapai dalam perbincangan peringkat tinggi antara Rubio dan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov, di Riyadh, Arab Saudi, pada Selasa.

Penduduk Kharkiv kecewa perbincangan Trump-Putin
Sebahagian besar mereka berpendapat hubungan langsung antara kedua-dua presiden itu menunjukkan kepentingan Ukraine bukan keutamaan Trump.

Zelensky sedia berunding dengan Putin
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menyatakan kesediaan untuk mengadakan rundingan secara langsung dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, tetapi di bawah syarat tertentu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Trump umum rancangan adakan mesyuarat dan perbincangan dengan Rusia, Ukraine
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan rancangan untuk mengadakan "pertemuan dan perbincangan" dengan Rusia dan Ukraine.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Putin, Xi Jinping setuju perkukuh BRICS - Pembantu Presiden Rusia
Isu itu adalah antara perkara yang dibincangkan oleh kedua-dua pemimpin dalam panggilan video pada Selasa.

Biden larang kemasukan kenderaan pintar dari China, Rusia atas risiko keselamatan
Presiden Amerika Syarikat mengumumkan larangan terhadap teknologi dari China dan Rusia dalam kenderaan, berikutan kebimbangan keselamatan.

Trump umum mesyuarat sedang dirancang bersama Putin
Presiden terpilih Donald Trump mengumumkan bahawa satu mesyuarat dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sedang diaturkan.

Nahas pesawat di Kazakhstan boleh dielak dengan 'penyelarasan betul' - Azerbaijan
Penyelarasan yang lebih baik antara perkhidmatan tentera dan awam Rusia boleh mengelakkan nahas pesawat Azerbaijan Airlines berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan akhir bulan lalu.