Menara setinggi 324 meter itu yang pada kebiasaannya bergemerlapan dengan cahaya pada waktu malam, bergelap seketika sewaktu jam menunjukkan waktu 8 malam waktu Paris.
Ia kemudiannya dinyalakan beransur-ansur sehingga kembali kepada keadaan asal.
Langkah simbolik itu diambil ketika ribuan rakyat Perancis berkumpul buat malam kedua di dataran Republique di tengah-tengah ibu kota Paris untuk sama-sama berkabung bagi memperingati mangsa yang terbabit dalam serangan paling buruk sejak berdekad yang lalu.
Kombinasi dua gambar Menara Eiffel Paris yang bergelap seketika (kiri) bagi memperingati serangan berdarah di pejabat Charlie Hebdo. AFP PHOTO / JACQUES DEMARTHON
Acara yang sama turut diadakan di beberapa bandar utama Perancis yang lain. Ramai yang merasakan insiden juga adalah serangan ke atas hak bersuara yang dihayati negara itu.
Menara Eiffel adalah destinasi pelancongan paling popular di negara itu dan di ibu kota Paris yang diberi jolokan bandar cahaya.