KUALA LUMPUR:Penyelesaian jangka pendek terhadap situasi keganasan antara kaum dan agama di Perancis sukar dicapai jika fahaman yang dipegang kepimpinan negara itu tidak diubah.
Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, pendekatan Presiden, Emmanuel Macron yang dilihat menekankan nilai permusuhan dan Islamofobia, menyukarkan lagi jalan perdamaian.
"Seharusnya pemimpin menekankan nilai perpaduan dan kemanusiaan, walau dalam apa jua situasi.
"Seperti di New Zealand, apabila tercetusnya keganasan yang disebabkan fahaman ekstremis, Perdana Menteri, Jacinda Ardent, mengkritik keras perkara itu dan mengakui ia tidak boleh diterima. Dalam masa yang sama, beliau menekankan yang isu etnik perlu diberi tumpuan.
"Tetapi lain bagi Macron yang tidak cuba untuk mengikis pandangan keterlaluan beliau, sebaliknya menyemarakkan lagi nilai permusuhan dan Islamofobia.
"Tidak nampak sebarang solusi ke arah mengatasi pelabelan kaum, stereotyoing dan ethno-centric, apatah lagi dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan pimpinan Perancis," kata beliau ketika dihubungi Astro AWANI.
Tambah beliau, langkah pertama yang perlu diambil Perancis jika mahu keluar dari situasi sekarang ialah mengkritik jenayah kebencian dan radikalisasi agama secara terbuka.
"Mereka perlu ubah tafsiran terhadap kaum dan atasi masalah ketidakseimbangan sosial dalam konteks masyarakat di Perancis.
"Dengan kritikan berterusan daripada pemimpin dan negara Islam, Macron perlu ambil iktibar dan buat pertimbangan sewajarnya kerana apa yang berlaku memberi kesan kepada seluruh rakyat Perancis, Islam atau bukan Islam," katanya.
Terdahulu, dua individu dilaporkan maut dalam satu kejadian serangan di sebuah gereja di bandaraya Nice, Perancis pada Khamis.
Pihak berkuasa Perancis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kes keganasan.
Polis juga mengesyaki kejadian itu bermungkinan ada hubung kait dengan kemarahan yang timbul susulan isu penghinaan karikatur yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad SAW oleh Charlie Hebdo.
Madiha Abdullah
Fri Oct 30 2020
![Pendirian Macron sukarkan proses perdamaian kaum, Islamofobia - Penganalisis Pendirian Macron sukarkan proses perdamaian kaum, Islamofobia - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81603970152_knifeattack.jpg)
Terdahulu, dua individu dilaporkan maut dalam satu kejadian serangan di sebuah gereja di bandaraya Nice, Perancis pada Khamis. - Foto/Reuters
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Pihak berkuasa Korea Selatan jumpa dadah sintetik baharu dalam bungkusan dari Perancis Pihak berkuasa Korea Selatan jumpa dadah sintetik baharu dalam bungkusan dari Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739355723_Generic.jpg)
Pihak berkuasa Korea Selatan jumpa dadah sintetik baharu dalam bungkusan dari Perancis
Agensi kastam Korea Selatan mengesan sejenis dadah sintetik baharu buat kali pertama menerusi bungkusan antarabangsa dari Perancis, lapor Agensi Berita Yonhap.
![PM Perancis Francois Bayrou terselamat undi tidak percaya PM Perancis Francois Bayrou terselamat undi tidak percaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737090305_FrancoisBayrou.jpg)
PM Perancis Francois Bayrou terselamat undi tidak percaya
Ahli Parlimen Perancis pada Khamis mengundi menolak usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Perancis Francois Bayrou, lapor Xinhua.
![Taufan Chido: Penduduk kepulauan Mayotte luah kemarahan pada Macron Taufan Chido: Penduduk kepulauan Mayotte luah kemarahan pada Macron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734660839_EmmanuelMacronFre.jpg)
Taufan Chido: Penduduk kepulauan Mayotte luah kemarahan pada Macron
Penduduk terjejas akibat taufan Chido di kepulauan Mayotte merayu kepada Presiden Perancis Emmanuel Macron untuk melakukan lebih banyak usaha membantu mereka pada Khamis.
![Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734272986_CycloneChido.jpg)
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
![Perdana Menteri baharu Perancis dijangka diumum pada Jumaat Perdana Menteri baharu Perancis dijangka diumum pada Jumaat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734065591_MoDemFrancoisBayrou.jpg)
Perdana Menteri baharu Perancis dijangka diumum pada Jumaat
Pejabat Presiden Emmanuel Macron mengesahkan bahawa Perdana Menteri baharu Perancis akan diumumkan pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
![Michel Barner disingkir sebagai PM Perancis dalam undi tidak percaya Michel Barner disingkir sebagai PM Perancis dalam undi tidak percaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733353429_MichelBarnier.jpg)
Michel Barner disingkir sebagai PM Perancis dalam undi tidak percaya
Barner dipaksa meletakkan jawatan hanya tiga bulan selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Perancis.
![Ribuan berarak di Perancis berhubung keganasan terhadap wanita susulan kes rogol Ribuan berarak di Perancis berhubung keganasan terhadap wanita susulan kes rogol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732463549_TBFRANCEFEMICIDE.jpg)
Ribuan berarak di Perancis berhubung keganasan terhadap wanita susulan kes rogol
Kesatuan sekerja CGT melaporkan 100,000 peserta hadir dalam protes pada Sabtu, termasuk 80,000 di Paris.
![Malaysia di landasan tepat jadi hab perniagaan bagi pihak berkepentingan Perancis di ASEAN Malaysia di landasan tepat jadi hab perniagaan bagi pihak berkepentingan Perancis di ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731764882_TBEmbassy.jpg)
Malaysia di landasan tepat jadi hab perniagaan bagi pihak berkepentingan Perancis di ASEAN
Kedudukan Malaysia, dengan ekonomi yang kukuh dan pelbagai, menawarkan akses yang tiada tandingan kepada blok ASEAN yang pesat berkembang.
![Liga Negara-Negara UEFA: Itali dan Perancis mara ke suku akhir Liga Negara-Negara UEFA: Itali dan Perancis mara ke suku akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731635819_Italy.jpg)
Liga Negara-Negara UEFA: Itali dan Perancis mara ke suku akhir
The Azzurri menewaskan Belgium 1-0, dengan Sandro Tonali menjaringkan gol antarabangsa pertamanya.
![Liga Negara-Negara UEFA: Hilang bisa tanpa Mbappe, skuad Perancis ibarat sama seperti PSG Liga Negara-Negara UEFA: Hilang bisa tanpa Mbappe, skuad Perancis ibarat sama seperti PSG](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731635848_DanielPeretz.jpg)
Liga Negara-Negara UEFA: Hilang bisa tanpa Mbappe, skuad Perancis ibarat sama seperti PSG
Di sebalik kegagalan mendapatkan gol kemenangan, Perancis memastikan mereka melangkah ke suku akhir bersama Itali.