PAMANDZI: Penduduk terjejas akibat taufan Chido di kepulauan Mayotte pada Khamis merayu kepada Presiden Perancis Emmanuel Macron untuk melakukan lebih banyak usaha bagi membantu mereka.


Ringkasan AI
  • Penduduk terjejas akibat taufan Chido di kepulauan Mayotte merayu kepada Presiden Perancis Emmanuel Macron untuk lebih banyak bantuan. Mereka meluahkan rasa marah ketika lawatan Macron di Pamandzi.
  • Pihak berkuasa Perancis mengesahkan 31 kematian, tetapi ada kebimbangan jumlah mangsa mungkin mencecah ribuan. Banyak kawasan masih tidak dapat diakses kerana hujan lebat.
  • Kerajaan Macron dikritik oleh pemimpin parti pembangkang kerana didakwa mengabaikan penduduk di kawasan daif. Macron berjanji untuk menghantar lebih banyak bantuan makanan dan air, serta mengerahkan 400 anggota tentera untuk memastikan keselamatan.


Sekumpulan penduduk turut meluahkan rasa marah ketika pemimpin Perancis itu melakukan lawatan di Pamandzi dan menggesa lebih banyak bantuan dihantar.

Pihak berkuasa Perancis setakat ini mengesahkan 31 kematian tetapi beberapa pihak menyatakan kebimbangan kemungkinan mangsa yang terkorban mencecah ribuan orang.

Menurut laporan media, banyak kawasan masih tidak dapat diakses apabila hujan lebat memburukkan keadaan.

Sementara itu, kerajaan pimpinan Macron telah dikritik pemimpin parti pembangkang yang mendakwa mereka mengabaikan penduduk di kawasan daif itu yang dipercayai belum menerima bantuan sejak Taufan Chido melanda.

Macron berkata, kerajaan akan menghantar lebih banyak bantuan makanan dan air, termasuk kerahan 400 anggota pasukan tentera untuk memastikan keselamatan.