KUALA LUMPUR:Mewakili kerajaan Malaysia dan umat Islam negara ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri menulis surat khusus berhubung isu karikatur Nabi Muhammad SAW oleh akhbar mingguan satira Perancis, Charlie Hebdo kepada Duta Perancis di Malaysia.
Menurut catatan di laman Facebook beliau, Dr Zulkifli memaklumkan surat itu akan dihantar kepada Kedutaan Perancis di ibu negara hari ini.
Surat berkenaan antara lain menyebut, mewakili umat Islam di Malaysia, beliau percaya kedua-dua negara mempunyai pendirian sama iaitu setiap tindakan keganasan dan ekstremisme tidak mewakili mana-mana agama seluruh dunia.
"Kami sebagai pemimpin dalam komuniti tidak menggalakkan sebarang aktiviti berkenaan.
"Merujuk kepada perkembangan terbaharu melibatkan karikatur Nabi Muhammad SAW oleh Charlie Hebdo, Malaysia kesal dengan insiden itu," katanya dalam surat kepada kedutaan Perancis.
BACA: Isu karikatur Nabi Muhammad: Umat Islam serata dunia protes
BACA: Suspek penggal kepala guru di Paris merupakan pelarian Chechen
Pada masa sama, sempena bulan kelahiran Rasulullah SAW, Dr Zulkifli menghadiahkan beliau sebuah buku bertajuk al-Shama'il al-Muhammadiyyah (The Sublime Qualities of the Prophet Muhammad ).
"Bulan Rabiulawal adalah masa terbaik untuk mendapatkan buku ini dan belajar memahami siapa Nabi Muhammad SAW, baik tingkah laku dan amalannya yang indah. Anda hanya akan sayang seseorang jika anda mengenalinya," kata surat itu lagi.
Malah, surat itu turut menyebut, umat Islam tidak akan bersikap membalas dendam susulan tindakan provokatif karikatur itu, sebaliknya berpegang teguh kepada ajaran Rasullullah.
Astro Awani
Tue Oct 27 2020
Surat itu antara lain menyebut, umat Islam tidak akan bersikap membalas dendam susulan tindakan provokatif karikatur itu, sebaliknya berpegang teguh kepada ajaran Rasullullah. - Foto Facebook/Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Tiada kenaikan tarif elektrik - TNB
Keputusan ini sejajar dengan yang diputuskan kerajaan pada 20 Dis lepas, untuk mengekalkan tarif elektrik bagi tempoh 1 Jan - 30 Jun 2025.
Jangan terlalu beri tekanan kepada saya - Justin
Prestasi pemain berusia 20 tahun itu menurun selepas mengalami kecederaan putus tendon Achilles kaki kirinya pada April 2023.
Sabah Electricity terima RM161.7 juta subsidi ICPT tahun ini - Madius
Pembayaran diterima pada Isnin lepas untuk menggantikan semula wang yang telah dibelanjakan Sabah Electricity bagi menampung kos ICPT.
Portal rasmi Kerajaan Melaka, Tourism Melaka akan dilengkapi 'chatbot AI'
Penggunaan teknologi AI ini bukan sahaja mempercepat komunikasi, tetapi juga memberikan sokongan lebih cekap dan berkesan.
Empangan Hidroelektrik Nenggiri mampu kawal 40 peratus banjir di Kelantan
Projek itu juga berperanan sebagai kawasan tadahan air untuk menampung jumlah hujan yang mempengaruhi kenaikan paras sungai.
Pesawah di Melaka boleh sewa dron untuk aktiviti pertanian - Exco
Muhamad Akmal berkata, perkhidmatan dron tersebut ditawarkan pada harga berpatutan sejak Jun lalu.
Perkukuh keselamatan digital, hukuman lebih berat tangani isu kanak-kanak hilang, penderaan seksual
Lee berkata isu ini memerlukan tindakan segera memandangkan statistik mendedahkan ramai kanak-kanak hilang berisiko menjadi mangsa eksploitasi.
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
Usaha reformasi pengasingan peguam negara, pendakwa raya bermula - Azalina
Fasa pertama ke arah usaha reformasi pengasingan peranan peguam negara dan pendakwa raya telah bermula dengan sesi libat urus diadakan.
Tambahan kuota haji: Malaysia masih tunggu keputusan Arab Saudi - Mohd Na'im
Mohd Na'im, berkata rayuan kepada kerajaan Arab Saudi bagi penambahan kuota itu sudah dikemukakan sebanyak dua kali pada Januari dan Februari lalu.
Umat Islam dinasihat tak terlibat acara Thaipusam - Mohd Na'im
Mohd Na'im berkata, Thaipusam merupakan acara peribadatan agama yang khusus kepada para penganutnya.
Bebaskan diri dari dijajah perbuatan tidak bermoral, elak cetus perbalahan - Idris
Umat Islam di negara ini dinasihat supaya membebaskan diri daripada dijajah atau dipengaruhi oleh perbuatan tidak bermoral.
Isu LCS: Rafizi perlu buktikan Zainab isteri saya - Abd Latiff
Abdul Latif menjelaskan, apa juga perbuatan individu bernama Zainah tidak mempunyai kaitan dengannya.
PM setuju sidang khas RUU Antilompat Parti pada 11 April - Wan Junaidi
Perdana Menteri juga bersetuju melanjutkan persidangan khas itu sekiranya tempoh masa satu hari bagi membincangkan RUU itu tidak mencukupi.
Jawatankuasa khas siapkan kajian cadangan mansuh hukuman mati tidak lama lagi
Wan Junaidi berkata beliau kemudiannya akan membentangkan hasil kajian itu kepada kabinet, dan selepas kabinet diberi taklimat berhubung perkara itu, barulah keputusan mengenainya akan dimuktamadkan.
Syor berkaitan undang-undang keselamatan siber sedang disiapkan - Abdul Latiff
Kerajaan sedang dalam proses menyiapkan syor berkaitan undang-undang keselamatan siber, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.
Dakwaan Tok Pa langgar SOP: Kertas siasatan dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya
Keterangan Mustapa serta enam yang lain termasuk individu yang membuat hantaran itu diambil bermula tengah hari hingga petang kelmarin.
Haram rentas negeri: Zulkifli enggan ulas kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan
Ia berkaitan hukum merentas negeri yang mencetuskan rasa tidak puas hati masyarakat.