KUALA LUMPUR: Jawatankuasa khas bagi mengkaji cadangan memansuhkan hukuman mati akan menyerahkan hasil kajian mereka kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar tidak lama lagi.
Dalam kenyataan di sini Wan Junaidi berkata beliau kemudiannya akan membentangkan hasil kajian itu kepada kabinet, dan selepas kabinet diberi taklimat berhubung perkara itu, barulah keputusan mengenainya akan dimuktamadkan.
"Kita terima banyak gesaan untuk memansuhkan hukuman mati ini. Sebagai menteri kabinet, peranan saya adalah untuk mengakses keberkesanan hukuman ini sebagai langkah pencegahan. Kita perlu kaji perkara ini sedalamnya sebelum membuat apa-apa keputusan.
"Kita juga perlu melihat sekiranya pemulihan pesalah, jika boleh dilaksanakan, akan menjadi pilihan yang lebih baik dan memelihara kepentingan masyarakat keseluruhannya," katanya.
Beliau berkata jawatankuasa berkenaan ditubuhkan pada 2019 untuk melihat maklum balas orang ramai terhadap cadangan itu di samping meneliti kesan terhadap keputusan sedemikian, dan diminta untuk melihat isu itu dari beberapa aspek, dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan.
"Satu tugas kritikal jawatankuasa ini adalah untuk menilai keberkesanan hukuman mati sebagai langkah pencegahan," katanya.
Wan Junaidi berkata kajian itu juga selaras dengan aspirasi kerajaan untuk memulihkan penjenayah, jika boleh, dan kemudiannya mengasimilasikan mereka kembali ke dalam komuniti masing-masing sebagai ahli masyarakat yang berguna.
"Sekiranya mereka telah menjalani hukuman penjara, membayar denda, benar-benar kesal dengan apa yang telah dilakukan dan dipulihkan sepenuhnya, kita tidak boleh menutup terus pintu bagi mereka," katanya.
Menurut kenyataan itu rang undang-undang bagi meminda peruntukan berhubung hukuman mati, serta lain-lain undang-undang yang berkaitan, dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada suku ketiga 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 29 2021

Wan Junaidi berkata beliau kemudiannya akan membentangkan hasil kajian itu kepada kabinet, dan selepas kabinet diberi taklimat berhubung perkara itu, barulah keputusan mengenainya akan dimuktamadkan. - Gambar fail/BERNAMA

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

NGO diseru sertai jawatankuasa khas bantu bangunkan semula Gaza - Mohd Na’im
Penglibatan semua pihak mustahak dalam menjayakan hasrat Perdana Menteri agar Malaysia memainkan peranan penting dalam membantu rakyat Palestin.

KPKM sedang susun jawatankuasa khas tangani kekurangan beras putih tempatan - Mohamad Sabu
Satu jawatankuasa khas sedang disusun bagi mencari penyelesaian kepada isu kekurangan bekalan beras putih tempatan yang berlaku ketika ini.

SPAN tubuh jawatankuasa khas bekalan air Perlis
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas Bekalan Air Negeri Perlis bagi menjamin kelangsungan dan keselamatan bekalan air di negeri itu.

GISB: Johor tubuh jawatankuasa khas pulih akidah, selaras bantu anak pengikut
Jawatankuasa itu turut menyelaras pendidikan persekolahan, penempatan dan bantuan yang boleh disalurkan kepada anak-anak pengikut GISB.

Sabah tubuh jawatankuasa khas, pasukan petugas tangani penduduk tanpa dokumen pengenalan diri
Kerajaan Sabah akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan dan Pasukan Petugas Khas (JKKSK) bagi menangani isu penduduk tanpa dokumen pengenalan diri.

Kerajaan tubuh jawatankuasa khas tangani buli siber- Fahmi
Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani isu buli siber di negara ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Perak tubuh jawatankuasa tangani penurunan paras air Empangan Kolam Bukit Merah
Jawatankuasa khas itu akan dianggotai oleh wakil Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran.

Pulau Pinang dicadang wujud Jawatankuasa Khas bincang hal ehwal agama Islam
Muhammad Fauzi berkata, ia penting kerana menyedari sensitiviti yang berkaitan dalam menangani isu-isu berkaitan hal ehwal Islam dan Melayu.

Jawatankuasa khas isu pendidikan, kesihatan di Sarawak ditubuh
Perkara itu dipersetujui pada Taklimat Pembangunan Sarawak yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

JBPM tubuh jawatankuasa siasat punca insiden anggota PPDA lemas
Nor Hisham berkata jawatankuasa itu diberikan tempoh dua minggu untuk berbuat demikian.