IPOH: Kerajaan Perak akan mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi menangani masalah penurunan paras air di Empangan Kolam Bukit Merah, Bagan Serai dalam masa terdekat.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, jawatankuasa khas itu akan dianggotai oleh wakil daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
"Kita ambil pandangan semua pihak tetapi ia melibatkan masalah teknikal dan kita perlu terlebih dahulu mendapat pandangan daripada jabatan-jabatan teknikal.
"Jawatankuasa ini akan melihat bagaimana kita boleh menangani masalah itu dalam jangka masa pendek kerana untuk jangka masa panjang kita akan memperoleh peruntukan daripada kerajaan pusat bagi memindahkan air dari Sungai Perak ke empangan tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Hari Bertemu Pelanggan (HBP) Kerajaan Negeri Siri 5 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Rabu.
Terdahulu, empangan yang menjadi sumber utama air bagi ke-gunaan domestik dan pertanian terutama sawah padi di Kerian serta kegunaan perindustrian di Taiping semakin kering berpunca daripada cuaca panas.
Pada Selasa, JPS Daerah Kerian terpaksa menghentikan bekalan pengairan untuk kegunaan sektor pertanian disebabkan paras air di empangan itu menyusut kepada paras 6.096 meter.
Saarani berkata, cadangan yang dikemukakan pihak tertentu bagi mendalamkan dasar empangan itu juga dilihat tidak bersesuaian kerana ia tidak mempunyai sumber mata air yang boleh meningkatkan paras air di empangan.
"Pernah ada cadangan untuk mendalamkan empangan tersebut tiga tahun lepas tetapi agensi berkaitan tidak bersetuju kerana empangan ini merupakan kolam takungan buatan dan tidak mempunyai mata air. Jadi, kita bimbang apabila kita korek nanti tiada sumber air yang keluar dan masalah lain pula timbul," katanya.
Dalam perkembangan lain, Saarani menafikan Sekolah Raja Perempuan Taayah akan dipindahkan ke lokasi lain seperti dakwaan alumni sekolah tersebut sebelum ini.
Beliau berkata, kerajaan negeri tidak pernah menerima sebarang permohonan atau arahan daripada mana-mana pihak bagi membenarkan perkara tersebut berlaku.
Pada 12 Jun lepas, tular bantahan berbentuk pungutan suara melalui borang dalam talian Google Form yang ditujukan kepada alumni sekolah itu dan disertakan keterangan berkaitan perpindahan lokasi sekolah milik penuh kerajaan negeri itu ke Seri Iskandar. - BERNAMA
Bernama
Wed Jul 03 2024

Saarani berkata, jawatankuasa khas itu akan dianggotai oleh wakil Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran. - Gambar fail Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

NGO diseru sertai jawatankuasa khas bantu bangunkan semula Gaza - Mohd Na’im
Penglibatan semua pihak mustahak dalam menjayakan hasrat Perdana Menteri agar Malaysia memainkan peranan penting dalam membantu rakyat Palestin.

KPKM sedang susun jawatankuasa khas tangani kekurangan beras putih tempatan - Mohamad Sabu
Satu jawatankuasa khas sedang disusun bagi mencari penyelesaian kepada isu kekurangan bekalan beras putih tempatan yang berlaku ketika ini.

SPAN tubuh jawatankuasa khas bekalan air Perlis
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas Bekalan Air Negeri Perlis bagi menjamin kelangsungan dan keselamatan bekalan air di negeri itu.

GISB: Johor tubuh jawatankuasa khas pulih akidah, selaras bantu anak pengikut
Jawatankuasa itu turut menyelaras pendidikan persekolahan, penempatan dan bantuan yang boleh disalurkan kepada anak-anak pengikut GISB.

Sabah tubuh jawatankuasa khas, pasukan petugas tangani penduduk tanpa dokumen pengenalan diri
Kerajaan Sabah akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan dan Pasukan Petugas Khas (JKKSK) bagi menangani isu penduduk tanpa dokumen pengenalan diri.

Kerajaan tubuh jawatankuasa khas tangani buli siber- Fahmi
Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani isu buli siber di negara ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Perak tubuh jawatankuasa tangani penurunan paras air Empangan Kolam Bukit Merah
Jawatankuasa khas itu akan dianggotai oleh wakil Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran.

Pulau Pinang dicadang wujud Jawatankuasa Khas bincang hal ehwal agama Islam
Muhammad Fauzi berkata, ia penting kerana menyedari sensitiviti yang berkaitan dalam menangani isu-isu berkaitan hal ehwal Islam dan Melayu.

Jawatankuasa khas isu pendidikan, kesihatan di Sarawak ditubuh
Perkara itu dipersetujui pada Taklimat Pembangunan Sarawak yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

JBPM tubuh jawatankuasa siasat punca insiden anggota PPDA lemas
Nor Hisham berkata jawatankuasa itu diberikan tempoh dua minggu untuk berbuat demikian.