PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad menasihatkan umat Islam di negara ini supaya membebaskan diri daripada dijajah atau dipengaruhi oleh perbuatan tidak bermoral dan mengelak daripada mencetuskan perbalahan khususnya di media sosial.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Program Hijrah Merdeka 2022 di di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini malam ini, Idris berkata rakyat negara ini sepatutnya memanfaatkan media sosial untuk pembangunan bangsa, ekonomi, pendidikan dan sosial.
"Kita kena ingat komen berbaur fitnah di media sosial adalah lebih dahsyat daripada fitnah secara lisan.
"Di media sosial ada berjuta orang akses. Apa yang kita tulis tidak akan terpadam dengan sendirinya. Adakah kita sanggup untuk bertemu orang yang kita fitnah di akhirat kelak," katanya.
Idris turut menasihatkan pengguna media sosial untuk bersikap matang dan tidak memuat naik kandungan yang boleh mengaibkan individu lain atau mengundang perpecahan di media sosial.
Hari Kebangsaan 2022: Kandungan eksklusif Astro AWANI di sini
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tausiyah (nasihat) Hijrah Merdeka yang disampaikannya pada program berkenaan.
Program sempena Hari Kebangsaan 2022 itu dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah sebelum forum, solat Isyak berjemaah dan penyampaian tausiyah (nasihat) Hijrah Merdeka oleh Idris, yang dihadiri hampir 3,000 jemaah.
Dalam perkembangan lain, Idris yang juga Naib Presiden PAS mahu semua perwakilan Muktamar Tahunan Pas kali ke-68 berbahas dengan baik berlandaskan fakta bagi menterjemahkan kematangan parti itu yang kini berusia 70 tahun.
"Agenda tertumpu kepada soal perpaduan serta PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15) berlandaskan penyatuan ummah. Berbahaslah secara matang," katanya.
Muktamar Tahunan Pas kali ke-68 pada 3 dan 4 Sept ini akan diadakan di di Kompleks Pas Kedah, dengan 1,300 perwakilan dijangka menyertai muktamar tahunan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 30 2022
![Bebaskan diri dari dijajah perbuatan tidak bermoral, elak cetus perbalahan - Idris Bebaskan diri dari dijajah perbuatan tidak bermoral, elak cetus perbalahan - Idris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61661876997_TBIDRIS.jpg)
IDRIS: Kita kena ingat komen berbaur fitnah di media sosial adalah lebih dahsyat daripada fitnah secara lisan. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Umat Islam digesa bertanggungjawab dalam penglibatan masyarakat majmuk Umat Islam digesa bertanggungjawab dalam penglibatan masyarakat majmuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712202425_DrAfifialAkitijp.jpg)
Umat Islam digesa bertanggungjawab dalam penglibatan masyarakat majmuk
Umat Islam digesa bertanggungjawab dalam penglibatan masyarakat majmuk berbilang budaya dan agama
![Umat Islam 70 negara sertai World#QuranHour 2022 Umat Islam 70 negara sertai World#QuranHour 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650966455_TBQURANHOUR.jpg)
Umat Islam 70 negara sertai World#QuranHour 2022
Umat Islam di kira-kira 70 negara melibatkan 15,000 lokasi di seluruh dunia hari ini membaca Al-Quran menerusi program World Quran Hour kali ke-7.
![Hayati peristiwa Israk Mikraj dalam mencari kebaikan - PM Muhyiddin Hayati peristiwa Israk Mikraj dalam mencari kebaikan - PM Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51615389664_TBMUHYIDDINYASSINI.jpg)
Hayati peristiwa Israk Mikraj dalam mencari kebaikan - PM Muhyiddin
Muhyiddin mahu setiap umat Islam terus mencari kebaikan meskipun diuji dengan pelbagai dugaan.
![Isu Kartel Daging: Harap tiada pilih bulu dalam siasatan polis - PERUJA Isu Kartel Daging: Harap tiada pilih bulu dalam siasatan polis - PERUJA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71609149450_kenyataan.jpg)
Isu Kartel Daging: Harap tiada pilih bulu dalam siasatan polis - PERUJA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta agar menyiasat isu kartel daging sehingga pihak tidak bertanggungjawab disebalik isu itu dibawa ke muka pengadilan.
![Umat Islam hilang jati diri, leka berkelahi dan berebut jawatan - Hadi Awang Umat Islam hilang jati diri, leka berkelahi dan berebut jawatan - Hadi Awang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51599917151_AbdulHadiAwang.jpg)
Umat Islam hilang jati diri, leka berkelahi dan berebut jawatan - Hadi Awang
Mereka lebih banyak berkelahi dan berebut jawatan sehingga berpolitik atas kepentingan diri sendiri.
![Bayar zakat pendapatan melalui potongan gaji bulanan Bayar zakat pendapatan melalui potongan gaji bulanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/51597249642_PUSATPUNGUTANZAKAT.jpg)
Bayar zakat pendapatan melalui potongan gaji bulanan
Umat Islam khususnya kakitangan kerajaan dan swasta dipelawa mendaftar untuk membayar zakat pendapatan melalui kempen Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) yang dibuka mulai 1 Ogos.
![25 tahun pembunuhan beramai-ramai Srebrenica, tiada keadilan kepada mangsa sehingga kini - Tun M 25 tahun pembunuhan beramai-ramai Srebrenica, tiada keadilan kepada mangsa sehingga kini - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/71569666160_TunM.jpg)
25 tahun pembunuhan beramai-ramai Srebrenica, tiada keadilan kepada mangsa sehingga kini - Tun M
Tragedi pembunuhan beramai ramai 8,000 umat Islam Srebrenica di Bosnia Herzegovina 25 tahun yang lalu menyaksikan keadilan tidak berpihak kepada umat Islam di negara itu sehingga kini.
![PKPP: 2,507 patuh SOP solat berjemaah dan Jumaat PKPP: 2,507 patuh SOP solat berjemaah dan Jumaat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/51594461539_solatjumaat.jpg)
PKPP: 2,507 patuh SOP solat berjemaah dan Jumaat
Pusat ibadah itu mematuhi SOP yang ditetapkan, selain bilangan jemaah yang hadir adalah mengikut kapasiti masjid.
![Kerajaan sambut baik pendirian Arab Saudi mengenai ibadat haji tahun ini Kerajaan sambut baik pendirian Arab Saudi mengenai ibadat haji tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/71582820173_jemaahhaji.jpg)
Kerajaan sambut baik pendirian Arab Saudi mengenai ibadat haji tahun ini
Langkah tersebut bertepatan dengan konsep maqasid syariah iaitu hifz al-nafs (pemeliharaan nyawa).
![Umat Islam di Melaka boleh semak arah kiblat Rabu ini - Mufti Umat Islam di Melaka boleh semak arah kiblat Rabu ini - Mufti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/41531538992_TBCOMPASS.jpg)
Umat Islam di Melaka boleh semak arah kiblat Rabu ini - Mufti
Umat Islam di Melaka boleh membuat semakan arah kiblat di rumah, surau dan pejabat, Rabu ini, apabila kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah.