PUTRAJAYA: Fasa pertama ke arah usaha reformasi pengasingan peranan peguam negara dan pendakwa raya telah bermula dengan sesi libat urus diadakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, perbincangan antara lain memberi fokus kepada pembentangan kajian literatur yang terperinci bagi amalan terbaik meliputi sembilan negara.
Menurut beliau, negara berkenaan adalah England dan Wales, India, New Zealand, Australia, Kanada, Afrika Selatan, Ireland, Kenya dan Amerika Syarikat.
"Saya menyeru semua pihak terus memberikan sokongan sepenuhnya kepada Kerajaan Perpaduan bagi memastikan usaha pengasingan peranan peguam negara dan pendakwa raya ini dapat dilaksanakan dengan mengambil kira semua aspek secara menyeluruh," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.
Sesi libat urus ini dihadiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Karpal Singh; Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi William Leong Jee Keen; Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang; Kementerian Kewangan Malaysia; Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.
Isnin lalu, Azalina di Dewan Rakyat memaklumkan kajian bagi melaksanakan perkara itu akan melalui tiga fasa, mengambil kira kompleksiti dan cabaran dihadapi serta memastikan ia dibuat secara terperinci dan holistik.
Selain itu, kajian yang dilaksanakan dua pasukan yang ditubuhkan iaitu Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif dan Pasukan Petugas Khas Teknikal akan memastikan pengasingan itu dapat dilaksanakan tanpa sebarang pengaruh politik dan urusan undang-undang di bawah peguam negara dan pendakwa raya dilaksanakan secara telus.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Oct 11 2023

Azalina mempengerusikan libat urus fasa pertama di Parlimen pada Rabu. - Foto Sinar Harian

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Usaha reformasi pengasingan peguam negara, pendakwa raya bermula - Azalina
Fasa pertama ke arah usaha reformasi pengasingan peranan peguam negara dan pendakwa raya telah bermula dengan sesi libat urus diadakan.