Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran, wujud risiko COVID-19 untuk kembali menular ketika banyak negara mula melonggarkan sekatan.
Badan dunia itu turut mendesak negara terlibat agar kekal berwaspada pada tahap tertinggi.
Beberapa negara Eropah antara yang mula melonggarkan sekatan.
Namun, wujud kebimbangan berhubung peningkatan jangkitan di negara berkenaan
Menurut Pakar Kesihatan Kecemasan WHO Mike Ryan, ini termasuk di Jerman, bandar Wuhan di China, dan Korea Selatan dengan kes seorang pengunjung kelab malam dikaitkan dengan 85 kes baharu.
“Selepas sekatan dilonggarkan, penduduk akan bersosial antara satu sama lain, ini memang tidak boleh dinafikan.
"Mereka akan mengekalkan penjarakan sosial. Tetapi risiko jangkitan akan meningkat.
"Persoalannya, adakah kita sudah berada pada tahap mempunyai sistem kesihatan kukuh yang membolehkan kita menyiasat kluster kes baharu tanpa merujuk bentuk jangkitan sebelum ini. Ini yang perlu dielak.
“Kami mempunyai keyakinan terhadap Jerman, Korea dan beberapa negara untuk menghapuskan kluster baharu yang dikesan,” katanya.
Ryan dalam pada itu mengecam beberapa negara yang tidak bertanggungjawab kerana tidak meningkatkan kapasiti ujian saringan ketika mereka mempunyai peluang mengesan kes COVID-19.
Pandemik global ini sudah mengorbankan 283,000 nyawa dengan angka jangkitan melepasi 4 juta orang.
Astro Awani
Tue May 12 2020
RYAN: Adakah kita sudah berada pada tahap mempunyai sistem kesihatan yang kukuh yang membolehkan kita menyiasat kluster kes baharu tanpa merujuk bentuk jangkitan sebelum ini. -Reuters
Tindak balas antarabangsa bantu mangsa Taufan Yagi di Myanmar diperlukan
Taufan Yagi melanda utara Myanmar pada 10 September, menyebabkan banjir teruk, tanah runtuh dan kemusnahan meluas di seluruh negara.
Populasi warga emas berusia 100 tahun di Jepun melebihi 95,000
Bilangan penduduk berusia sekurang-kurangnya 100 tahun di Jepun dianggarkan mencecah 95,119 orang pada September.
Pantai Port Dickson tumpuan pengunjung musim cuti sekolah
Pantai peranginan di Port Dickson menjadi tumpuan pengunjung dari seluruh pelosok negeri untuk berkelah bersama keluarga sempena musim cuti persekolahan ini.
Malaysia melihat kemampanan industri nadir bumi dengan potensi semakan perundangan
Ia untuk menilai keperluan pelarasan bagi pengawasan cekap sektor unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).
23 projek rumah mampu milik akan dibina menerusi RMK-12
Kesemua projek berkenaan akan menyediakan lebih 7,000 unit RMM, yang dibina khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40).
Rusia, Malaysia jalin kerjasama dalam pelancongan mesra Muslim
Rusia dan Malaysia sedia utingkatkan pelancongan mesra Muslim menerusi kerjasama baharu antara badan pensijilan halal Rusia, Roskachestvo dan Pusat Pelancongan Islam Malaysia.
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
China mahu bina kilang, mahu produk ada logo halal JAKIM - Ahmad Zahid
Terdapat cadangan daripada beberapa negara untuk menempatkan kilang di Malaysia, bertujuan mendapatkan sijil halal JAKIM sebelum produk terbabit dieksport.
Agong lawat China, lembaran baharu hubungan diplomatik Malaysia-China
Lawatan Seri Paduka Baginda tersebut merupakan lembaran baharu dalam memperkukuh persahabatan erat antara Malaysia dan negara Tembok Besar itu.
Perdagangan bilateral China-Malaysia melonjak kepada AS$117.52 bilion
Perdagangan bilateral antara China dan Malaysia melonjak kepada AS$117.52 bilion dalam tempoh tujuh bulan pertama 2024, meningkat 10.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelum ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sijil halal: Keputusan kajian tertakluk pada Majlis Raja-Raja - Ahmad Zahid
Tegasnya, isu berkenaan tidak wajar dijadikan polemik kerana ia masih di peringkat kajian dan belum menjadi dasar yang tetap.
Malaysia teroka teknologi UAV, sasar hasilkan keluaran tempatan - Ahmad Zahid
Malaysia terus mengukuhkan usaha dalam penerokaan teknologi pesawat tanpa pemandu (UAV) melalui kerjasama dengan China.
Industri halal: Pahang, Perak bakal terima pelaburan China, pacu ekonomi negeri
Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri Pahang tawar pelbagai insentif dan lokasi strategik untuk pembangunan industri halal.
[KOLUMNIS] Tuntutan China terhadap projek minyak dan gas Malaysia: Implikasi kedaulatan dan keselamatan Malaysia
Tindakan China tidak mengejutkan memandangkan sejarahnya yang sering menggunakan pendekatan agresif dalam menambah tuntutan wilayahnya di Laut China Selatan.
ACT 2024: Speedy Tigers tewas 2-4 kepada China
Gawang Malaysia bolos seawal minit kesembilan menerusi jaringan sudut penalti Gao Jiesheng sebelum Muhammad Azrai Aizad menyamakan kedudukan.
Kerajaan komited pertahan hak kedaulatan kawasan maritim Malaysia - Wisma Putra
Kementerian Luar Negeri berkata pendirian ini selaras dengan undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen PBB mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.