Sebanyak 52 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan di Singapura hari ini, yang meningkatkan jumlah keseluruhan jangkitan di negara republik ini kepada 683.
Kementerian Kesihatan Singapura dalam kenyataan di sini berkata 28 daripada kes baharu adalah kes yang diimport, manakala 24 lagi melibatkan kes tempatan.
Menurutnya kes baharu itu melibatkan sejarah perjalanan ke Eropah, Amerika Utara, Timur Tengah, negara Asean, dan lain-lain negara di Asia.
"Kecuali dua, yang selainnya adalah penduduk tempatan yang baru kembali dari luar negara, dan pemegang Pas Jangka Panjang," menurutnya.
Satu daripada kes import melibatkan lelaki Malaysia berumur 31 tahun yang merupakan pemegang Pas Kerja Singapura yang memiliki sejarah perjalanan ke Thailand.
Lelaki itu kini ditempatkan di Pusat Penyakit Berjangkit Negara Singapura.
Sehingga hari ini, Kementerian Kesihatan Singapura berkata 12 lagi kes jangkitan COVID-19 telah dibenarkan keluar dari hospital, menjadikan jumlah yang pulih dari penyakit itu kepada 172.
Daripada 422 kes disahkan yang masih dirawat di hospital, kebanyakan adalah stabil atau beransur pulih manakala 18 lagi dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di unit rawatan rapi.
Dua pesakit telah meninggal dunia akibat komplikasi yang berpunca daripada jangkitan COVID-19 pada 21 Mac.
Sehingga pukul 12 tengah hari, Kementerian Kesihatan Singapura mengenal pasti 9,771 kontak rapat yang telah dikuarantin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 26 2020
Kes baharu itu melibatkan sejarah perjalanan ke Eropah, Amerika Utara, Timur Tengah, negara Asean, dan lain-lain negara di Asia. - Gambar fail/REUTERS
Tze Yong perlu atasi trauma kecederaan - Rexy
Perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong perlu berani mengatasi trauma kecederaan bagi memulakan semula karier badminton dengan semangat baharu.
Jepun usaha jadikan budaya onsen sebagai warisan tidak ketara UNESCO
Sekumpulan gabenor Jepun berhasrat menjadikan budaya mandian air panas negara itu tersenarai sebagai warisan tidak ketara UNESCO pada 2028.
Maritim Malaysia giat kesan PATI Myanmar cuba masuk ke negara
Berdasarkan maklumat yang diterima, terdapat dua lagi bot yang dipercayai membawa PATI Myanmar berada di laut.
APMM pastikan tatakelola di tahap terbaik, lengkapkan pegawai dengan AI
APMM akan memastikan 2025 menjadi tahun pelaksanaan tatakelola yang terbaik agensi itu sama ada dalam pengurusan mahupun penguatkuasaan.
Majlis Peguam rayu keputusan Mahkamah Tinggi tolak cabar pengampunan Najib
Majlis Peguam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk mencabar keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman terhadap Najib.
Balsam gamat, herba cenderamata istimewa pada Mesyuarat ASEAN
Produk berasaskan gamat dan herba adalah antara cenderamata istimewa disediakan buat delegasi Mesyuarat ASEAN 2025 yang akan bertandang ke Langkawi, Kedah pada pertengahan bulan ini.
Tumpuan Sabtu – 04 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (03 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Petani Kenya guna AI kenal pasti tanaman tidak sihat
Aplikasi yang dibangunkan oleh organisasi bukan untung Plant Village, menawarkan penyelesaian masa nyata untuk isu kesihatan tanaman, satu rahmat untuk petani yang telah lama bergelut untuk mengenal pasti tanaman berpenyakit.
PM Thailand isytihar aset RM1.8 bilion, termasuk 200 beg tangan berjenama
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra mengisytiharkan aset bernilai lebih 400 juta dolar Amerika (RM18. bilion).
Malaysia terima manfaat daripada risiko pertumbuhan perlahan ekonomi China - Moody's Analytics
Moody's berkata apabila permintaan global beralih dari China ke Amerika Utara, negara-negara Asia akan mencari pelaburan baharu.
COVID-19: 7.2 juta kes minggu lalu, rekod tertinggi di Amerika
Menurut Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO) virus ini disifatkan merebak dengan lebih aktif berbanding sebelum ini.
Godiva tutup operasi kesemua 128 cawangan di Amerika Utara
Jenama dari Turki itu mengumumkan terpaksa menutup operasi semua 128 kedainya, termasuk kafe dan butik, di seluruh Amerika Utara.
COVID-19: Disney rancang hentikan 32,000 pekerja
Walt Disney Co. merancang untuk memberhentikan sehingga 32,000 pekerja menjelang akhir Mac 2020 akibat penularan COVID-19 yang berterusan.
COVID-19: BTS tangguh konsert jelajah Amerika Utara
Syarikat rakaman BTS, Big Hit Entertainment berkata konsert tersebut kini ditunda ke Jun ini.
COVID-19: Singapura catat 52 kes baharu, jumlah keseluruhan 683
Sebanyak 52 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan di Singapura hari ini, yang meningkatkan jumlah keseluruhan jangkitan di negara republik ini kepada 683.
Fenomena 'Super Blood Wolf': Siapa dapat saksikan bulan bertukar warna merah?
Penduduk di benua Amerika, Eropah dan Afrika akan menyaksikan bulan bertukar warna menjadi kemerahan apabila fenomena gerhana bulan Super Blood Wolf berlaku.
Sambut setiap tahun, ini fakta menarik Hari Wanita yang perlu anda tahu
Hari Wanita Sedunia tercetus selepas Parti Sosialis Amerikat Syarikamencadangkan hari wanita di negara itu menjadi hari wanita bagi seluruh dunia.
Apa yang anda perlu tahu mengenai play-off Piala Dunia
Ketahui perlawanan-perlawanan play-off Piala Dunia bagi zon Eropah dan antara benua yang akan bermula minggu ini.