WALT Disney Co. merancang untuk memberhentikan sehingga 32,000 pekerja menjelang akhir Mac 2021 akibat penularan COVID-19 yang berterusan.
Hal itu dinyatakan dalam makluman kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat pada Rabu.
Disney dianggarkan memiliki 223,000 orang pekerja, menurut laporan tahunan terbaharunya.
Sebelum ini mereka telah mengumumkan perancangan untuk memberhentikan sekitar 28,000 pekerja pada bulan September.
Gergasi media dan hiburan itu memberi amaran bahawa mereka mungkin juga dipaksa untuk memotong dividen pada masa depan, dan mengurangkan atau memtong pelan perubatan pencen dan persaraan.
Mereka juga bercadang untuk mengurangkan pelaburan dalam produksi televisyen dan filem.
"Beberapa langkah ini mungkin memberi kesan buruk kepada perniagaan kami," kata Disney (DIS) dalam makluman tersebut.
Kesemua 12 taman Disney di Amerika Utara, Asia dan Eropah ditutup antara bulan Mac dan Mei.
Walaupun Disney telah membuka semula taman tema di Shanghai dan Florida, taman utamanya di California akan ditutup sekurang-kurangnya sehingga akhir tahun 2020.
Disneyland Paris pula terpaksa ditutup semula akhir bulan lalu suslan perintah berkurung kedua di negara terbabit.
Agensi
Thu Nov 26 2020
Sebelum ini Disney telah mengumumkan perancangan untuk memberhentikan sekitar 28,000 pekerja pada bulan September. - Foto REUTERS/Fred Prouser
Tze Yong perlu atasi trauma kecederaan - Rexy
Perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong perlu berani mengatasi trauma kecederaan bagi memulakan semula karier badminton dengan semangat baharu.
Jepun usaha jadikan budaya onsen sebagai warisan tidak ketara UNESCO
Sekumpulan gabenor Jepun berhasrat menjadikan budaya mandian air panas negara itu tersenarai sebagai warisan tidak ketara UNESCO pada 2028.
Maritim Malaysia giat kesan PATI Myanmar cuba masuk ke negara
Berdasarkan maklumat yang diterima, terdapat dua lagi bot yang dipercayai membawa PATI Myanmar berada di laut.
APMM pastikan tatakelola di tahap terbaik, lengkapkan pegawai dengan AI
APMM akan memastikan 2025 menjadi tahun pelaksanaan tatakelola yang terbaik agensi itu sama ada dalam pengurusan mahupun penguatkuasaan.
Majlis Peguam rayu keputusan Mahkamah Tinggi tolak cabar pengampunan Najib
Majlis Peguam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk mencabar keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman terhadap Najib.
Balsam gamat, herba cenderamata istimewa pada Mesyuarat ASEAN
Produk berasaskan gamat dan herba adalah antara cenderamata istimewa disediakan buat delegasi Mesyuarat ASEAN 2025 yang akan bertandang ke Langkawi, Kedah pada pertengahan bulan ini.
Tumpuan Sabtu – 04 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (03 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Petani Kenya guna AI kenal pasti tanaman tidak sihat
Aplikasi yang dibangunkan oleh organisasi bukan untung Plant Village, menawarkan penyelesaian masa nyata untuk isu kesihatan tanaman, satu rahmat untuk petani yang telah lama bergelut untuk mengenal pasti tanaman berpenyakit.
PM Thailand isytihar aset RM1.8 bilion, termasuk 200 beg tangan berjenama
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra mengisytiharkan aset bernilai lebih 400 juta dolar Amerika (RM18. bilion).
Temui karakter kandungan Astro di Home of Kids
Orang ramai dijemput hadir ke Home of Kids yang berlangsung selama empat hari bermula 26 hingga 29 Disember dari jam 10.30 pagi hingga 9 malam di IOI Grand Convention Centre, IOI City Mall, Putrajaya.
Disney tubuh pejabat pemboleh daya teknologi khusus untuk AI, AR
Pejabat ini akan membangunkan teknologi AI dan AR untuk digunakan dalam filem, televisyen, dan taman tema Disney.
'Avatar 3: Fire And Ash' bakal temui peminat pada 2025
James Cameron mengumumkan tajuk filem baharu "Avatar 3: Fire And Ash," yang dijadual ditayangkan pada 2025.
Miniso buka pink store pertama di Malaysia
Jenama rangkaian kedai serbaneka Miniso melebarkan sayapnya dengan pembukaan pink store pertama di pusat beli-belah Pavilion Bukit Jalil.
Disney labur AS$1.5 bilion dalam Epic Games, IP muncul di ekosistem Fortnite
Kesemua IP popular Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, Avatar dan banyak lagi akan boleh diakses menerusi dunia hiburan ini.
Disney+ mula halang perkongsian kata laluan di AS
Disney Mula Menghalang Perkongsian Kata Laluan Di Amerika
Netflix akan tamatkan pelan 'Basic' tanpa iklan di beberapa negara
Ia akan dilakukan di Kanada terlebih dahulu sebelum turut akan ke Amerika Syarikat dan UK pada Q2 2024.
Disney 'hilang' hak cipta Mickey Mouse
Hak cipta bagi versi awal watak itu tamat selepas 95 tahun sepertimana mengikut undang-undang di AS.
'The Little Mermaid' ungguli carta pecah panggung di Amerika Utara
Filem The Little Mermaid mendahului carta jualan tiket pecah panggung di benua Amerika Utara dengan anggaran jualan dalam masa tiga hari pada hujung mencecah AS$95.5 juta.
Ini 4 sebab kenapa anda perlu tonton filem The Little Mermaid
The Little Mermaid. Sebuah kisah dongeng yang mengangkat kecintaan si duyung bernama Ariel terhadap kehidupan manusia di darat.