SELAIN pengumuman akan mula menstrim kandungan WWE secara eksklusif bermula 2026, Netflix turut mengumumkan jumlah pelanggan sehingga penghujung Q4 2023.
Mereka kini mempunyai 260.3 juta pelanggan berbayar yang melangkaui sasaran asal 256 juta.
Sejak memperkenankan pelan asas dengan sokongan iklan, jumlah pelanggan semakin meningkat menongkah arus ramalan mengatakan ia akan memberikan kesan negatif selepas Netflix mengharamkan perkongsian kata laluan tahun lalu.
Turut diumumkan ialah Netflix akan menamatkan pelan Basic paling murah tanpa iklan di beberapa pasaran yang pada ketika ini menawarkan pelan dengan sokongan iklan.
Ia akan dilakukan di Kanada terlebih dahulu sebelum turut akan ke Amerika Syarikat dan UK pada Q2 2024.
Kerana pelan dengan sokongan iklan tidak ditawarkan di Malaysia, pelanggan pelan Basic tempatan tidak perlu risau dengan perkembangan ini.
Perang penstriman pada ketika ini telah dimenangi oleh Netflix yang masih mempunyai jumlah pelanggan tertinggi.
Disney+ masih belum mencatatkan keuntungan sebaliknya mendatangkan kerugian kepada syarikat induk disebabkan kandungan kurang menarik.
HBO dan Discovery Plus turut digabungkan selepas menyebabkan kerugian kepada Warner Brothers Discovery (WBD).
Bagi menjadi pendapatan, kandungan WBD kini ditawarkan ke Netflix sejak penghujung tahun lalu. -Amanz
Amanz
Wed Jan 24 2024

Netflix akan menamatkan pelan Basic paling murah tanpa iklan di beberapa pasaran yang pada ketika ini menawarkan pelan dengan sokongan iklan.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Pelakon 'Bloodhounds' Kim Sae-ron ditemui meninggal dunia
Mayat Sae-ron dijumpai rakannya yang memeriksa rumah selebriti itu setelah pelakon tersebut tidak muncul untuk pertemuan mereka.

Perspektif Syafiq Kyle
Meskipun namanya kini menjadi perhatian susulan populariti drama One Cent Thief, Syafiq Kyle tidak terburu-buru untuk menembusi pasaran Asia.

"Squid Game" catat 480 juta jam tontonan, dominasi kedudukan Netflix
Musim kedua "Squid Game" menjadi rancangan paling ramai ditonton di Netflix semasa minggu pelancarannya, menurut pengumuman platform penstriman itu.

Squid Game: Pengarah 'umpan' penonton, musim ketiga janji kejutan
Dong-hyuk berjanji bahawa musim akan datang akan terus mencabar pelakon dan penonton dengan dilema dan kelainan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pihak berkuasa Belanda denda Netflix kerana langgar peraturan perlindungan data
Netflix didapati gagal memberi maklumat yang jelas kepada pelanggan dalam kenyataan privasinya mengenai bagaimana data mereka digunakan.

Pertarungan Mike Tyson-Jake Paul peroleh lebih 60 juta tontonan secara langsung!
Acara itu mendominasi media sosial dan memecahkan pelbagai rekod sebagai acara yang paling banyak ditonton secara penstriman langsung.

Selepas 8 pusingan, Mike Tyson tewas di tangan Jake Paul
Bekas juara dunia Mike Tyson kecundang di tangan Jake Paul dalam aksi tinju yang berlangsung di Stadium AT&T, Texas, sebentar tadi.

Netflix lancar treler rasmi 'Squid Game' musim kedua
Musim kedua akan mula ditayangkan pada 26 Disember.

Ciri Netflix 'Moments' mudahkan perkongsian babak menarik ke media sosial
Apabila ditekan, pengguna boleh memilih untuk kemudiannya berkongsi permulaan babak di media sosial.