SEIRING Matlamat Pembangunan Mampan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memperkasakan wanita dan mencapai kesaksamaan jantina, warga dunia kini dapat melihat kebolehan pemimpin-pemimpin wanita ketika pandemik COVID-19 sedang aktif di seluruh dunia.
Ramai pemimpin telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam usaha membendung penularan wabak yang telah membunuh lebih 260,000 orang di seluruh dunia setakat ini.
Berikut Astro AWANI senaraikan beberapa pemimpin wanita dan prestasi mereka sepanjang pandemik ini:
1. Jacinda Ardern, Perdana Menteri New Zealand
Ardern telah beberapa kali mendapat nama di mata dunia atas prestasi kepimpinannya yang cemerlang sekali gus memberi nafas baru kepada arena politik yang lazimnya didominasi oleh lelaki.
Ekoran wabak COVID-19 yang melanda New Zealand saat ini, Ardern telah mengambil langkah awal dengan menutup kawasan sempadan dan melarang kemasukan warga asing bermula 19 Mac lalu.
Selain itu, beliau juga menguatkuasakan perintah kawalan ‘lockdown’ selama empat minggu bermula 23 Mac. Hal ini juga telah memaksa penutupan perniagaan ‘non essential’.
Di samping itu, Ardern turut mengarahkan proses saringan besar-besaran bagi mengenalpasti sesiapa yang didapati positif wabak tersebut. Difahamkan, terdapat rekod sebanyak 1,300 kes yang dilaporkan susulan pengesanan itu.
Untuk rekod, New Zealand melaporkan sebanyak 1,147 kes aktif COVID-19 serta 21 kematian.
2. Sanna Marin, Perdana Menteri Finland
Pemimpin termuda di dunia ini juga turut menonjolkan prestasi yang baik dengan mengambil beberapa langkah bagi mengatasi wabak COVID-19.
Ini termasuk penutupan kawasan sempadan serta perintah kawalan ‘lockdown’ dan penutupan perniagaan-perniagaan tidak penting (non essential) serta institusi-institusi pendidikan.
Dalam pada itu, Finland mempunyai peraturan penjarakan sosial yang ketat dan rakyat komited dalam memastikan kadar jangkitan kekal pada tahap yang rendah.
"Kami ingin bergerak ke arah pengujian yang lebih meluas dan mengesan mereka yang terdedah," kata Marin dalam sebuah sidang akhbar pada 22 April lalu.
Selain itu, kerajaan Finland juga memutuskan untuk melanjutkan larangan acara besar melebihi 500 orang sehingga akhir bulan Julai.
Untuk rekod, Finland merekodkan sebanyak 5,962 kes aktif COVID-19 diikuti dengan 267 kematian setakat ini.
3. Katrín Jakobsdóttir, Perdana Menteri Iceland
Biarpun memiliki populasi yang kecil iaitu sebanyak 360,000, Iceland aktif melakukan aktiviti saringan besar-besaran secara percuma dalam usaha menangani penularan pandemik ini.
Berbeza dengan negara-negara jiran, sekolah dan institusi pendidikan masih dibenarkan untuk beroperasi diikuti dengan pengawalan yang teliti serta saringan secara besar-besaran dipertingkatkan di negara itu.
Tidak dilupakan, penjarakan sosial juga menjadi amalan harian rakyat Iceland walaupun perintah kawalan tidak diwartakan di negara tersebut.
Untuk rekod, Iceland kini merekodkan sebanyak 1,801 kes aktif COVID-19 dengan 10 kematian.
4. Tsai Ing-wen, Presiden Taiwan
Setelah mendapati bahawa wabak berbahaya ini mula menular di Taiwan pada Januari, Tsai menguatkuasakan larangan kemasukan pesawat luar ke republik itu.
Kerajaan itu kemudian mengarahkan pemeriksaan dilakukan ke atas pengunjung yang tiba dari wilayah Wuhan, China.
Apabila sektor kesihatan di seluruh dunia kekurangan set peralatan perlindungan diri (PPE), Taiwan telah mengambil langkah awal dalam meningkatkan stok PPE untuk kegunaan petugas barisan hadapan negara itu.
Memetik laporan Time Magazine, Tsai berkata:
“Hasil kerjasama pakar teknologi, farmasi dan kedai-kedai runcit, kami memulakan rancangan pembahagian pelitup muka,” dalam usaha mengatasi isu pembelian panik.
Langkah awal yang diambil oleh Taiwan membuahkan hasil apabila hanya terdapat 393 kes aktif yang dilaporkan dan enam rekod kematian.
Untuk rekod, Taiwan yang mempunyai populasi seramai 23.78 juta itu melaporkan hanya 440 kes aktif COVID-19 dan tujuh kematian setakat ini.
5. Angela Merkel, Canselor Jerman
Pemimpin Jerman yang penuh berpengalaman ini juga tidak dikecualikan dalam menonjolkan prestasi yang cemerlang pada waktu ini.
Jerman mula menguatkuasakan perintah kawalan ‘lockdown' pada 22 Mac lalu.
Merkel, yang memiliki doktor falsafah (PhD) dalam kuantum kimia turut mendapat perhatian ramai dalam ucapannya di sebuah sidang akhbar pada 16 April lalu di Berlin berkenaan kaedah ujian Reverse transcription polymerase chain reaction (RT PCR).
Merkel menampilkan karakternya yang tinggi dalam ilmu pengetahuan serta komited untuk mengatasi penularan wabak ini adalah membanggakan.
BACA: Jerman umum longgarkan sekatan
Kerajaan itu mengarahkan penutupan kesemua perniagaan tidak penting (non essential) dan sekolah-sekolah.
Untuk rekod, Jerman merekodkan sebanyak 172,000 kes aktif COVID-19 dan 7,580 kematian setakat ini.
Aza Jemima Ahmad
Sat May 16 2020
Ramai pemimpin menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam usaha membendung penularan wabak yang telah membunuh lebih 260,000 orang itu. -Foto Astro AWANI
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.
ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.
All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.
Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.
Azam Baki sahkan SPRM geledah 'safe house' ahli politik, temui mata wang asing RM5 juta
SPRM menemui sejumlah mata wang asing bernilai RM5 juta ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu kota yang dipercayai dijadikan safe house seorang ahli politik berpengaruh.
Fattah Amin kalahkan Nabil dalam acara Run Challenge, bawa pulang hadiah RM1,000
Penyertaan Fattah dalam acara larian ini tidak dirancang, tetapi diterima atas permintaan ramai pendengar dan sambutan baik daripada Fattah sendiri.
Menteri Luar Poland hormati pendirian Malaysia, kekal sikap neutral dan tidak memihak
Menteri Luar Poland, Radoslaw Sikorski menghormati pendirian Malaysia dan ASEAN yang teguh dengan sikap neutral dan tidak memihak berhubung perang antara Rusia dan Ukraine.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 Julai 2024.