Thailand merancang untuk melonggarkan secara berperingkat-peringkat sekatan kemasukan warga asing ke negara ini akibat COVID-19 selepas 28 hari tanpa sebarang jangkitan tempatan.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA), Thaweesilp Wissanuyothin berkata para eksekutif perniagaan, profesional dan pekerja mahir, penduduk tetap dan warga asing yang keluarga mereka tinggal di Thailand dan pelancong perubatan adalah antara kumpulan pertama yang akan dibenarkan masuk ke Thailand.
"Mereka hendaklah menjalani kuarantin 14 hari di fasiliti negeri," katanya pada taklimat harian mengenai COVID-19 di sini hari ini.
Sehingga kini, terdapat 700 eksekutif perniagaan mendaftar untuk memasuki negara ini, pekerja mahir (22,000), penduduk tetap (2,000) dan pelancong perubatan (30,000).
Sementara itu, Thaweesilp berkata, ahli perniagaan jangka pendek (menghadiri mesyuarat dan menandatangi kontrak perniagaan atau perjanjian ekonomi), tetamu kerajaan (bagi menghadiri majlis atau seminar khusus) dan pelancong di bawah perancangan 'travel bubbles' antara mereka yang akan dibenar memasuki negara ini tanpa melalui kuarantin 14 hari.
"Pelancong dari China, Jepun, Korea Selatan mungkin antara kumpulan pertama akan memasuki negara ini," katanya.
Thaweesilp berkata, CCSA akan mengkaji cadangan itu dengan teliti kerana kesihatan dan keselamatan orang ramai menjadi keutamaan kerajaan.
Cadangan itu akan dibincangkan semasa mesyuarat CCSA Jumaat ini.
Sementara itu, Thailand melaporkan tiga kes baharu COVID-19 dan sifar kematian sejak 24 jam yang lepas.
Tiga kes baharu itu - semuanya rakyat Thai berumur antara 11-34 tahun, yang baru pulang dari India pada 15 Jun dan sedang menjalani kuarantin 14 hari di fasiliti negeri.
Thailand mencatatkan 3,151 COVID-19 kes dengan 58 kematian, dengan 3,022 pesakit telah pulih dan dibenarkan pulang dari hospital.
Beliau berkata, sejak 3 April, 214 rakyat Thai yang pulang dari luar negara disahkan positif COVID-19 dan daripada jumlah itu 143 kes pulih dan dibenar pulang ke rumah masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 22 2020
Thailand merancang untuk melonggarkan secara berperingkat-peringkat sekatan kemasukan warga asing ke negara ini akibat COVID-19 selepas 28 hari tanpa sebarang jangkitan tempatan. Foto: Reuters
Sumbangan menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024.
Harmoni dalam kepelbagaian tema hala tuju KPN 2025
Harmoni Dalam Kepelbagaian telah dipilih sebagai tema dan landasan utama hala tuju Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menuju Perpaduan Dalam Kepelbagaian pada tahun 2025.
UWSS kasigui bakal tingkat kapasiti lima juta liter sehari
Tapak pembinaan Projek Urgent Water Supply Scheme (UWSS) Kasigui, penampang bakal meningkatkan kapasiti bekalan air sebanyak 5 juta liter sehari.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Shahelmey Yahya memaklumkan terdapat beberapa isu teknikal yang perlu diselesaikan, namun yakin ia siap pada Mei 2025.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Shahelmey Yahya memaklumkan terdapat beberapa isu teknikal yang perlu diselesaikan, namun yakin ia siap pada Mei 2025.
Sarjan didakwa atas dua pertuduhan rasuah
Seorang anggota polis yang bertugas di Jabatan Siasatan Narkotik, didakwa di mahkamah atas dua pertuduhan berkaitan rasuah.
PGA Sibu lumpuhkan operasi pembalakan haram, nilai rampasan lebih RM3 juta
Pasukan Cawangan Risik Batalion 10 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sibu melumpuhkan kegiatan pembalakan haram menerusi Operasi Taring Libas di Batu 6, Jalan Pakan/Entabai, Julau.
Satu PPS kanowit ditutup
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di dewan serba guna Nanga Ngungun ditutup pada jam 2 petang tadi.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak Khamis hingga Ahad
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di tiga negeri bermula Khamis hingga Ahad ini.
'Harmoni dalam kepelbagaian' jadi tema hala tuju KPN 2025
'Harmoni dalam kepelbagaian' telah dipilih sebagai tema dan landasan utama hala tuju Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menuju perpaduan dalam kepelbagaian pada tahun 2025.
Lawatan kerja: PM adakan perbincangan dengan Presiden Kenya, Uganda
Kenya dan Uganda menyatakan kesepakatan meningkatkan perdagangan dua hala dengan Malaysia.
ASEAN 2025 | 14 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Dzulfitri Yusop membawa tumpuan berikut:
1. Speaker Dewan Rakyat mula jelajah rasmi ke negara ASEAN
2. ASEAN platform untuk Malaysia ketengahkan industri halal
3. Platform perolehan perubatan China-ASEAN dilancarkan
1. Speaker Dewan Rakyat mula jelajah rasmi ke negara ASEAN
2. ASEAN platform untuk Malaysia ketengahkan industri halal
3. Platform perolehan perubatan China-ASEAN dilancarkan
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.
Jeju Air kurangkan operasi penerbangan sebagai respons kepada kebimbangan keselamatan
Jeju Air Co. pada Khamis mengumumkan rancangan untuk mengurangkan operasi penerbangan seawal minggu depan, sebagai tindak balas kepada kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keselamatan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.