LUXEMBOURG: China dan Amerika Syarikat (AS) bersetuju untuk bersama-sama melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara selain meningkatkan dialog, mengurangkan salah faham dan menangani percanggahan dengan baik.
Kesepakatan itu hasil pertemuan antara anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Yang Jiechi dengan Penasihat Keselamatan Rumah Putih, Jake Sullivan di sini pada Isnin.
Yang berkata Presiden Joe Biden berulang kali memberitahu Presiden Xi Jinping bahawa AS menolak daripada mencetuskan Perang Dingin baharu atau mengubah sistem China.
"Presiden Biden pernah berjanji untuk tidak menentang China melalui pengukuhan pakatan, atau menyokong 'kemerdekaan Taiwan' dan berkonflik dengan China," katanya yang juga ketua Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat PKC.
Namun, Yang memberitahu bahawa ada beberapa tindakan AS menjadi antara punca hubungan kedua-dua negara terjerumus ke dalam situasi sukar.
"Ia bukan sahaja merosakkan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang, malah tidak selaras dengan kepentingan kedua-dua pihak dan negara lain.
"Hubungan Beijing-Washington kini berada di persimpangan. Tiga prinsip yang diketengahkan Presiden Xi, iaitu saling hormat, hidup bersama secara damai, dan penerokaan kerjasama ke arah situasi sama menang adalah pendekatan yang wajar bagi kedua-dua negara," katanya.
Yang turut menyifatkan prinsip itu selari dengan kepentingan asas rakyat dua negara, serta aspirasi masyarakat antarabangsa.
"Prinsip berkenaan perlu menjadi pegangan asas dalam membangunkan hubungan China-AS.
"Kami sudi bekerjasama dengan AS untuk meneroka cara dan kaedah ke arah merealisasikan matlamat itu," tambah beliau.
Yang sekali lagi mengingatkan AS supaya menjalankan interaksi positif dengan China dan melakukan usaha bersepadu dalam mengekalkan kemakmuran, ketenteraman dan pembangunan di rantau Asia Pasifik.
Menyentuh mengenai kedaulatan negara dan keutuhan wilayah, beliau menegaskan bahawa Beijing sentiasa konsisten dalam pendiriannya mengenai isu Taiwan.
"Urusan dalaman China menolak sebarang campur tangan asing, dan sebarang percubaan untuk menjejaskan integriti wilayah pasti akan gagal," kata Yang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 14 2022

Joe Biden berulang kali memberitahu Xi Jinping bahawa AS menolak daripada mencetuskan Perang Dingin baharu atau mengubah sistem China. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

China: Pelbagai sektor guna integrasi DeepSeek manfaatkan pemerkasaan AI
Tencent menyatakan pengguna yang dipilih untuk ujian itu boleh mengakses model DeepSeek-R1 secara percuma melalui fungsi carian Weixin AI.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.

Malaysia sudah sedia pimpin ASEAN dengan jelas dan yakin - PM Anwar
Anwar berkata kepimpinan bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata dan menggesa perniagaan, ahli akademik, usahawan, masyarakat sivil turut berperanan.

China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.

China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
Pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.

Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.

China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar
He Yongqian berkata, langkah AS mencerminkan sifat unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang menerima bantahan jelas banyak negara.

China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN
Cadangan itu dibentangkan pada Rundingan Pegawai Kanan ASEAN-China ke-31 di Bandar Ningbo, China pada Khamis.

Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan
AS akhirnya memulakan langkah untuk menggunakan rang undang-undang (RUU) mengharamkan penggunaan aplikasi DeepSeek pada peranti milik kerajaan.

Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek
Larangan itu dikenakan oleh Setiausaha Negara bagi Hubungan Kerajaan dan Digitalisasi, Zsolt Szabo, atas alasan kemungkinan aktiviti perisikan.