MAWLAMYINE (atau Moulmein) adalah salah satu kota di Asia Tenggara yang seperti Sandakan, Bacolad dan Songkhla - dulunya dirasakan besar, tetapi kini ia kelihatan pudar dan tidak menjanjikan apa-apa. Ia kawasan di mana orang mudanya berhasrat untuk meninggalkannya bagi mencari pekerjaan dan wang.
Ibu kota negeri Mon yang berpenduduk kurang 300,000, kota itu sedikit sunyi dan agak terabai. Tambahan pula, zaman kegemilangannya telah berlalu lebih satu setengah abad yang lalu, antara 1826 dan 1852.
Pada masa itu, pihak British mengubah sebuah bandar pelabuhan yang kurang bertenaga di pertembungan Sungai-sungai Salween, Ataran dan Gyaing untuk menjadi ibu kota wilayah Burma yang menjadi milik mereka di pantai Tenasserim.
Mawlamyine hari ini adalah sebuah kota yang boleh didatangi dengan perjalanan darat enam jam dari Yangon. Dahulu, perjalanan ke situ adalah lebih sukar, tetapi pembaikan di lebuh raya nasional dan beberapa jambatan baharu telah mendekatkan kedua-duanya.
Tetapi ia tidak membawa kepada peningkatan bermakna terhadap perindustrian atau pekerjaan. Sebaliknya ia memudahkan penduduknya meninggalkan kota itu.
Lagipun, dengan penyeberangan sempadan utama di Mae Sot hanya beberapa jam ke timur (beriringan dengan lebuh raya yang baru dinaikkan taraf); Thailand, dengan gaji yang lebih tinggi (dilaporkan kira-kira ASD8-10 sehari lebih daripada gandaan apa yang ada di Myanmar) telah menjadi lebih mudah untuk masuk.
Memandangkan kehampirannya, mungkin tidaklah mengejutkan bahawa hampir setiap orang yang Pasukan Ceritalah temui bercakap membayangkan keinginan mereka untuk mencari peluang di luar negara. Malah dianggarkan bahawa kira-kira 10-12 peratus penduduk Myanmar hidup dan bekerja di seberang laut - suatu statistik yang boleh dibandingkan dengan Filipina.
Negeri Mon ialah negeri pengeluar getah terbesar di Myanmar. Pada masa hari-hari makmur, ia menjadi sumber utama pendapatan. Bagaimanapun, apabila harga dunia jatuh, komoditi itu sudah tidak menguntungkan - malah begitu juga bagi banyak pedagang yang bekerja bagi membekalkan pasaran China yang besar di utara.
Pelabuhan yang berpemandangan cantik itu juga sama tidak bertenaga. Terdapat hanya sebuah kapal berlabuh di jetinya sepanjang kehadiran Pasukan Ceritalah. Adalah sukar untuk membayangkan bahawa kota itu pernah menjadi pusat serantau yang penting, itu belum lagi termasuk sebagai sebuah pusat pembinaan kapal utama yang menarik bekalan kayu keras jati yang mencukupi dari hiliran Salween.
Burma adalah salah sebuah tanah jajahan Britain yang paling kaya dan menguntungkan. Kaya dengan sumber asli, Rangoon (Yangon) mengalahkan pelabuhan-pelabuhan besar Empayar, dari Bombay ke Singapura dan Liverpool.
Bagaimanapun, kehadiran British bukannya tidak mendatangkan keburukan.
Mereka adalah penjajah kejam - menghapuskan elit peribumi, membalak ribuan ekar hutan dara dan membuka sawah padi yang luas dengan dikerjakan oleh buruh imigran dari India: terutamanya Benggali dan Tamil. Myanmar kontemporari, dengan paranoia dan patologinya mesti dibaca dalam konteks masa lepas yang bergelora dan berdarah.
Salah satu daripada kritikan tajam terhadap pihak British ditulis oleh seorang penduduk Mawlamyine, Eric Blair (lebih dikenali sebagai George Orwell), seorang pegawai polis kolonial yang novelnya "Burmese Days" (Hari-hari Burma) merakam hipokrisi, rasisme dan kekerasan era itu.
Sungguhpun begitu, tinggalan zaman kolonial kekal menakjubkan. Dalam negara yang majoritinya penganut Buddha, terdapat kesan masa lalu yang kosmopolitan dengan adanya gereja-gereja Anglican, Katholik dan Baptis, serta juga beberapa masjid.
Gereja Katholik St Patrick, dengan masih ada loceng abad ke-19, dan Gereja First Baptist, dinding-dinding kelabunya terkupas dan hitam kerana usianya, masih berkhidmat untuk jemaahnya, yang penukaran agama nenek moyang mereka dilakukan oleh misionari Victoria.
"Sejarah gereja ini adalah amat penting pasa saya," kata Joseph, paderi dalam latihan di St Patrick.
Keluarga Joseph mula menetap di Wilayah Ayeyarwady selepas Perang Inggeris-Burma Pertama (1824-1826), salah satu daripada banyak orang Tamil Katholik dari India selatan yang bertindak demikian pada tempoh itu. Komuniti itu kini mempunyai 50,000, setitis daripada gabungan pelbagai kaum Myanmar yang berjumlag 53.5.
Di sebelah utara lagi, Pasukan Ceritalah bertemu Hussein, seorang tempatan berusia 63 tahun yang menguruskan Masjid Jamek Surtee Sunni. beliau berkata dengan bangganya bahawa komuniti Muslim Surti asalnya dari Gujarat memiliki masjid itu sejak 1846 apabila ia dibina oleh British untuk kakitangan awam Muslimnya yang dibawa menyeberangi Teluk Benggala.
Datuknya sendiri datang daripada apa yang kini mereka panggil Pakistan - ini memberikan padanya suatu perasaan berkaitan dengan masjid itu, melihatnya sebagai pertalian dengan kisah keluarganya.
Terdapat sesuatu yang lebih pada kota itu daripada hanya pada Pagoda Kyaikthanlan - yang dilaporkan memberi impian kepada puisi "Mandalay" karangan Rudyard Kipling - tetapi ternyata tiada promosi mengenai kekayaan sejarahnya.
Gereja First Baptist mempunyai kira-kira 50 anggota muda hanya dua tahun lalu tetapi sejak itu ia kehilangan kebanyakan daripadanya yang telah berhijrah ke tempat yang lebih menarik di Yangon, Singapura, Australia. Thailand atau AS. Kini hanya ada kira-kira 15 orang.
Pun begitu - mungkin suatu ironi memandangkan latar belakang migran mereka - Hussein dan Joseph tetap bertapak di kota itu.
"Saya mahu tinggal di sini dan menjaga gereja ini," kata Joseph, berdiri seperti pengawal dekat pintu terbuka yang berwarna hijau hangat.
"Orang datang ke sini untuk mencari Tuhan dan melihat bangunan tua ini. Mereka patut tahu sejarahnya. Saya mahu memeliharanya dan menceritakan pada orang mengenai kisah dan budayanya."
* Ikuti Karim Raslan di Twitter @fromKMR / Instagram @fromkmr
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Karim Raslan
Sun Aug 18 2019
Seorang pemandu feri di Attaran, Mawlamyine. Pasukan Ceritalah
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Ceritalah: Sejarah berulang dengan gunung berapi Taal
Pemandangan ketika Taal meletup dan imej-imej semarak debu yang besar dan menakutkan naik ke arah langit diiringi dengan kilatan guruh dan petir yang disebarkan ke seluruh dunia oleh media sosial.
Ceritalah: Tuntutan China atas Laut China Selatan - ASEAN harus bersatu
Pada tahun 2016, pemimpin-pemimpin dunia memandang Beijing dan beliau sebagai suatu hab alternatif - bagi suatu pendekatan terhadap ekonomi dan politik global yang berprinsip dan seimbang.
Ceritalah ASEAN - Joko Anwar: Cemerlang atas usaha sendiri
Tarikannya dan citra jenakanya menyembunyikan suatu minda yang amat bekerja keras dan berfokus.
Ceritalah - Perang dadah Duterte: Rakyat suram sambut Krismas
Kerana enggan kekal diam dan menerima takdir berdarah anaknya, Normita terpaksa meninggalkan rumahnya dan sekarang tinggal bersama seorang sanak saudaranya di bahagian lain bandar itu.
Ceritalah ASEAN - Aung San Suu Kyi: Lannister atau Stark?
Aung San Suu Kyi dari Myanmar - anak seorang jeneral, mengetuai sebuah negara amat rapuh telah menjadi musuh Tatmadaw (tentera) untuk menjadi apologis atau, lebih teruk lagi, pemudah mereka.
Ceritalah ASEAN - Plastik: Patut dikekalkan atau dihapuskan?
Gabungan pendapatan dari 50 firma petrokimia teratas dalam tahun 2018 adalah ASD926.8 bilion, jauh melebihi industri penapisan berjumlah ASD400 bilion.
Ceritalah Indonesia - Jawa: Mengenai bahasa dan perpaduan
Secara berasingan, kesemua tujuh presiden Indonesia mempunyai darah Jawa - termasuk BJ Habibie kelahiran Sulawesi yang baru meninggal. BJ Habibie adalah separuh Jawa.
Ceritalah - Enam hari di laut: Suatu pelayaran di atas Nggapulu
Dari saat para penumpang menaiki feri lapan tingkat itu, Nggapulu menjadi suatu mikrokosmo republik itu sendiri.
Ceritalah Indonesia - Anak muda memberontak: Apa mereka mahu?
Antara 23 dan 30 September, Hamzah adalah salah seorang daripada ribuan pelajar yang membuat bantahan di luar Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) menghidupkan semula ingatan pada waktu Reformasi.
Ceritalah: Gelombang kemasukan pelancong India ke Asia Tenggara
Sementara ekonomi India mungkin menghadapi kemerosotannya sendiri, pelancong dari gergasi Asia Selatan itu menjadi kuasa yang semakin perlu diiktiraf di rantau Asia Tenggara.