JIKA Aung San Suu Kyi disamakan dengan watak dalam Game Of Thrones adakah beliau Cersei Lannister - dingin, sinikal dan boleh membunuh - atau Sansa Stark - berwibawa, menderita berpanjangan dan tulen?

Aung San Suu Kyi dari Myanmar - anak seorang jeneral, mengetuai sebuah negara amat rapuh telah menjadi musuh Tatmadaw (tentera) untuk menjadi apologis atau, lebih teruk lagi, pemudah mereka.

Ketika mana prosiding Mahkamah Antarabangsa Keadilan (ICJ) bertambah rancak dan negaranya sekali lagi menjadi penelitian global, banyak yang telah bertanya bagaimana Wanita yang amat dihormati itu telah menjadi begitu diburukkan?

Ahli Majlis Negara itu telah membenarkan kuasa-kuasa gelap dalam negaranya untuk mengakibatkan kekerasan ke atas minoriti Muslim Rohingya yang telah lama ditekan --- yang mana beliau enggan mengiktiraf kehadiran mereka.

Sepuluh lelaki Rohingya beragama Islam yang dibunuh di Kampung Inn Dinn, Myanmar, pada September 2017. Foto REUTERS

Sekitar 730,000 Rohingya dipercayai telah lari ke Bangladesh sejak tercetusnya siri kekerasan terbaru pada Ogos 2017 di negeri Rakhine. Dan sebab itulah Suu Kyi mempertahankan kerajaannya daripada dakwaan-dakwaan genosid di The Hague.

Ini baru hanya melihat di permukaan.

Siasatan terhadap pembunuhan kejam 10 lelaki Rohingya dan pengkebumian beramai-ramai yang berlaku berikutnya membawa kepada penahanan pemberita Reuters Wa Lone dan Kyaw Soe Oo dari Disember 2017 ke Mei 2019 (di bawah pengawasan Suu Kyi) -- walaupun pasangan itu akhirnya memenangi satu Hadiah Pulitzer untuk laporannya.

Aung San Suu Kyi ketika hadir di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague. Foto AFP/Ceritalah

Pun begitu, persamaan antara Cersei, Singa Rock dan Suu Kyi sukar untuk dinafikan. Kedua-duanya kelihatan stoik, tidak dapat difahami dan berjaya dalam satu bidang yang didominasi lelaki. Sebaik saja mereka berkuasa -- kedua-duanya akan melakukan apa saja untuk mempertahankannya.

Bagaimanapun tidak seperti Cersei, Suu Kyi kekal sebagai tokoh popular di kalangan rakyatnya jika perhimpunan yang diadakan untuk menyokongnya menjelang prosiding ICJ adalah merupakan petanda.

Seperti mana seorang pemilik kedai teh dari perbandaran Batahtung memberitahu Pasukan Ceritalah: "Saya berdiri di belakang Aung San Suu Kyi. Beliau adalah seorang pemimpin baik dan bekerja keras untuk negaranya. Beliau mengambil tanggungjawab sebagai seorang pemimpin dengan mengadap mahkamah ICJ."

Thant-Myint U, cucu bekas Setiausaha Agung PBB U-Thant, dan pengarang buku 'The Hidden History of Burma'. Foto Thurein Aung/Yangon Heritage Trust/Ceritalah

Malah, tidak mungkin ICJ -- walaupun ia membuat keputusan menentang Myanmar -- akan mampu menghentikan kekerasan terhadap Rohingya.

Ini kerana, pertamanya, tidak ada yang boleh menguatkuasakan keputusan itu. Kedua, asal-usul jurang Buddha-Muslim di Myanmar adalah terlalu dalam.

Jadi, bagaimanakah perkara itu menjadi sedemikian rupa?

Thant-Myint U, pengarang dan ahli sejarah cuba menjelaskan perkara ini dalam buku terkininya, "The Hidden History of Burma" (Sejarah Tersembunyi Burma).

Suu Kyii masih popular dalam kalangan masyarakat Burma. Foto Ceritalah

Bagi Thant, sejarah etnik Myanmar yang berserabut itu bermula sebelum zaman kolonial lagi. Sementara ketegangan antara Muslim dan Buddhis sudah lama wujud, pihak British telah memaksakan satu hierarki kaum yang menjadikan orang Burma hanya sebagai pemerhati pasif terhadap kebanjiran jutaan migran dari India dan China ke dalam ekonomi yang sedang meledak pada masa itu - digerakkan oleh eksport kayu jati, minyak dan rubi.

Kerajaan-kerajaan yang silih berganti sejak kemerdekaan gagal untuk menyembuhkan jurang negara.

Thant, malangnya, tetapi mungkin tidak mengejutkan, kelihatannya tidak mempunyai sebarang penyelesaian bagi politik identiti yang sedang merobek tanah air mereka.

Sebaliknya, satu-satunya preskripsi polisi yang boleh ditawarkan adalah keperluan bagi menangani anamoli kapitalisme (yang membawa kepada ketidaksamaan nyata) dan prospek mendatang perubahan iklim yang memberikan cabaran eksistensial kepada Myanmar.

Sadek Ali Hasan, pelarian Rohingya dan guru sekolah yang telah tinggal di Malaysia sejak 14 tahun lepas. Foto Ceritalah

Untuk berlaku adil, tidak ada daripada hal ini secara instriknya bersalah. Thant bersungguh untuk menekankan sudut alam sekitar -- yang seringkali hilang dalam penggubalan polisi.

Tetapi dalam menghadapi kisah-kisah menyayat hati mengenai orang Rohingya yang dibunuh, dirogol, dihalau keluar dari kediaman mereka dan dibiarkan kebulur, hanya satu soalan yang perlu diambil kira.

Bolehkah mereka kembali ke Negeri Rakhine?

Pasukan Ceritalah mengunjungi semula Sadek Ali Hasan, seorang pelarian Rohingya dan guru sekolah yang telah tinggal di Malaysia sejak 14 tahun lalu.

Beliau ingin kembali ke kampung halamannya: "Saya memiliki 18 hektar tanah yang boleh diusahakan. Jika hak, harta kekayaan saya dipulihkan, tentulah saya akan kembali! Jika ada keamanan dan kestabilan, mengapa saya perlu tinggal di sini (di Malaysia)?"

Dan di sinilah saya berasa kegagalan Suu Kyi begitu dirasai.

Satu perhimpunan diadakan di Taman Mahabandulah di Yangon, Myanmar, sebagai tanda sokongan terhadap Aung San Suu Kyi. Foto Ceritalah

Tidak ada siapa yang menafikan kesukaran getir yang dilalui beliau dan negaranya. Tetapi beliau patut menggunakan kekuatan moralnya yang dimilikinya untuk memberi kesan kepada penyelesaian jurang etnik Myanmar -- apa pun harga yang perlu dibayar dari segi politik atau peribadi.

Seperti adanya -- beliau telah membuktikan bahawa beliau tidak berbeza daripada ahli-ahli politik yang oportunistik lainnya. Wanita itu mempunyai sisi buruk yang tersembunyi.

Ya, ekonomi dan alam sekitar adalah penting. Tetapi ia bukanlah satu-satunya isu.

Semua negara ada watak jahatnya. Cabaran bagi para pemimpin adalah untuk membuang kejahatan itu: terutamanya jika penyokong tegar mereka sendiri adalah pihak yang mudah terpengaruh dengan propaganda sedemikian.

Kepimpinan sebenar adalah tentang mengawal aspek primordial dan atavistik psikologi negara bangsa kita.

Peta yang menunjukkan kedudukan Rakhine dalam Myanmar. Foto Ceritalah

Suu Kyi telah gagal dalam hal ini.

Malapetaka yang berlaku di Jerman pada tahun 1930-an dan bekas Yugoslavia pada tahun 1990-an menunjukkan harga yang Myanmar mungkin kena bayar akibat daripadanya.

Suu Kyi telah mengharungi gelombang global etno-nasionalisme.

Tetapi apakah nilainya kepada Myanmar dan rantau ini?

Maka dalam Permainan Merebut Singgahsana, adakah Suu Kyi itu Cersei atau Sansa?

Mungkin -- dan seseorang amat berharap bahawa perkara itu tidak berlaku -- beliau hanyalah seorang Daenerys Targaten, seorang Khaleesi yang disukai oleh semua orang tetaoi berakhir secara literalnya membakar tanahnya.

Hanya masa menentukan -- tetapi Rohingya, malah Myanmar, kesuntukan masa.


* Ikuti Karim Raslan di Twitter @fromKMR / Instagram @fromkmr

** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.