WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, pada Jumaat menegaskan bahawa beliau tidak akan menarik diri daripada bertanding untuk penggal kedua, meskipun semakin banyak gesaan agar beliau berundur selepas prestasi debat yang kontroversi menentang pencabarnya dari Parti Republikan, Donald Trump, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
"Biar saya katakan dengan sejelas mungkin, saya kekal dalam pertandingan ini. Saya akan kalahkan Donald Trump," tegasnya kepada kumpulan penyokong yang bersorak dalam satu acara kempen di negeri Wisconsin.
Tekanan terhadap Biden untuk berundur sebagai calon Presiden Demokrat 2024 semakin meningkat daripada kalangan partinya sejak beliau berdepan dengan Trump dalam debat yang disiarkan selama 90 minit pada 27 Jun lepas.
Dalam perdebatan itu, Biden yang suaranya kedengaran serak, tergagap-gagap dalam menyusun ayat, kelihatan kehilangan tumpuan dan sering bergelut untuk menyampaikan hujahnya.
Kesan negatifnya cepat dan hebat apabila para penganalisis politik mengisytiharkan kempen Biden berada dalam masalah besar. Dalam beberapa hari sejak itu, Demokrat berada dalam keadaan krisis berikutan tinjauan pendapat baharu menunjukkan Biden, 81 tahun, semakin kehilangan sokongan kepada Trump, 78 tahun.
"Saya belajar sejak lama dahulu, apabila anda jatuh, anda bangun semula," kata Biden di perhimpunan di Madison, Wisconsin. "Saya tidak akan membiarkan satu debat 90 minit menghapuskan kerja selama tiga setengah tahun."
"Biar saya tanya anda: Anda fikir saya terlalu tua untuk mengalahkan Donald Trump?" tanya Biden, yang merupakan presiden tertua dalam sejarah AS, bertanya kepada penyokong yang bersorak.
"Tidak!" mereka berteriak kembali.
"Saya tidak sabar menunggu," kata presiden itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 06 2024
Tekanan terhadap Biden untuk berundur sebagai calon Presiden Demokrat 2024 semakin meningkat daripada kalangan partinya sejak beliau berdepan dengan Trump dalam debat. - Foto Reuters
#AWANIRingkas 10 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 10 Januari 2025
1️⃣ Polis diarah lengkapkan semula kertas siasatan
2️⃣ Jepun terus perkukuh hubungan dengan negara anggota
3️⃣ Malaysia tiru kaedah Thailand
#awaniringkas
1️⃣ Polis diarah lengkapkan semula kertas siasatan
2️⃣ Jepun terus perkukuh hubungan dengan negara anggota
3️⃣ Malaysia tiru kaedah Thailand
#awaniringkas
Kebakaran hutan di California: Jumlah korban meningkat kepada 10
Jumlah korban akibat kebakaran hutan terburuk dalam sejarah California terus meningkat, dengan 10 orang maut setakat ini.
Mayat ditemui di Rawang dipercayai warga asing
Mayat yang ditemui tanpa dokumen pengenalan diri di tepi jalan kawasan hutan, Jalan Perkuburan, Bandar Country Homes, Rawang pada Khamis lalu dipercayai milik seorang wanita warga asing.
Pantau Agenda Reformasi: Suara pencetus idelisme, perubahan rakyat
Sejauh mana kelompok anak muda terutama barisan kepimpinan bersedia menjadi ejen perubahan sebenar dalam mencetuskan idea dan perubahan demi kesejahteraan rakyat?
BHEUU tidak terima sebarang pemakluman daripada Istana Negara
BHEUU sahkan bahawa tiada sebarang dokumen tambahan berkaitan permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Razak dalam fail atau rekod rasminya.
Belia harus fokus bangunkan negara, jangan hebat main isu remeh - PM Anwar
Anwar berkata, belia mempunyai tanggungjawab untuk menyelamatkan negara dan tidak menumpukan pada isu-isu remeh.
Kerugian akibat jenayah komersial cecah RM3.11 bilion sepanjang tahun lepas
Jumlah kerugian akibat kesalahan jenayah komersial sepanjang tahun lepas mencecah RM3.11 bilion dengan 41,701 kertas siasatan dibuka.
Keuntungan jadi inti pati kerjasama ekonomi dan perdagangan - MFA
Langkah syarikat asing terus meningkatkan pelaburan di China mencerminkan saling untung dan sama menang menjadi inti pati kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan negara lain.
GRAB Malaysia buka peluang kepada OKU, wanita
Grab Malaysia kekal komited dalam memupuk keterangkuman, pemerkasaan ekonomi dan kemampanan, dengan memberi tumpuan kepada membuka peluang-peluang untuk direbut Orang Kurang Upaya (OKU) dan wanita dalam ekonomi gig.
Minyak Brent diunjur turun kepada USD77 setong pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menurunkan unjuran harga minyak Brent 2025 kepada US$77 setong daripada USD80 setong dan USD74 setong pada 2026 susulan unjuran permintaan yang lebih lemah pada 2025, terutamanya pada separuh pertama tahun ini.
Biden beri penghormatan kepada bekas Presiden Carter di pengebumian negara
Biden berkata, persahabatannya dengan Carter telah mengajarnya erti keperibadian lebih berharga berbanding gelaran atau kuasa.
Biden akan anugerah Pingat Kebebasan Presiden kepada Messi, Wintour dan Bono
Joe Biden akan menganugerahkan Pingat Kebebasan Presiden kepada 19 tokoh terkenal beberapa hari sebelum tempoh pentadbirannya berakhir.
Musk tuduh Biden lakukan pengkhianatan kerana jual bahan tembok sempadan
Elon Musk menuduh Joe Biden melakukan pengkhianatan berhubung penjualan bahan yang dimaksudkan untuk pembinaan tembok di sempadan dengan Mexico.
AS siasat hubungan antara letupan Cybertruck di Las Vegas, serangan di New Orleans - Biden
Pentadbiran Joe Biden sedang siasat kemungkinan kaitan antara letupan Cybertruck di hotel Trump dan rempuhan trak pikap di New Orleans.
Biden isytihar 9 Jan sebagai hari berkabung atas pemergian bekas Presiden Jimmy Carter
Carter, Presiden AS ke-39 yang berkhidmat dari 1977 hingga 1981, meninggal dunia pada usia 100 tahun pada Ahad.
Kematian Jimmy Carter: Negara kehilangan pemimpin luar biasa - Biden
Sejumlah pemimpin dan bekas pemimpin Amerika Syarikat (AS) menyampaikan ucapan takziah atas kematian Bekas Presiden AS dan penerima Hadiah Nobel Keamanan, Jimmy Carter pada Ahad.
Biden lupuskan hutang pelajar hampir 55,000 rakyat AS bernilai AS$4.28 bilion
Hampir 55,000 rakyat AS yang bekerja dalam sektor awam akan mendapat pelepasan hutang pelajar yang keseluruhannya bernilai AS$4.28 bilion.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
AS umum pakej bantuan ketenteraan US$500 juta untuk Ukraine
Amerika Syarikat mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai US$500 juta untuk Ukraine bagi menyokong usaha pertahanan negara itu dalam menghadapi serangan berterusan Rusia.
Memperingati Pearl Harbor: Joe Biden zahir penghormatan kepada tentera AS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menzahirkan penghormatan atas pengorbanan tentera AS sempena memperingati ulang tahun ke-83 serangan ke atas Pearl Harbor pada Jumaat.