ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 17 Januari 2025.


1. Kebakaran pusat beli-belah Indonesia: 5 mayat ditemui dalam bilik karaoke

Lima mayat telah dikeluarkan pada Jumaat daripada kebakaran yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di bahagian barat Jakarta pada Rabu malam.



2. Malaysia perlu adaptif, berdaya tahan dalam ketidaktentuan global - PM

Malaysia perlu bersifat adaptif, berdaya tahan, berprinsip, dan mempunyai pandangan yang jelas untuk memposisikan negara di tengah-tengah arus ketidaktentuan global.


3. Masyarakat antarabangsa perlu hormati gencatan senjata di Gaza - PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha itu akan membawa kepada kedamaian yang berterusan, pemberian bantuan dan pembinaan semula Gaza.


4. Saif Ali Khan ditikam, Kareena Kapoor akhirnya buka mulut

Aktres Kareena Kapoor akhirnya 'membuka mulut' selepas suaminya, Saif Ali Khan mengalami kecederaan parah setelah diserang perompak di kediaman mereka di Mumbai, India pada awal pagi Khamis.


5. Israel dijangka luluskan gencatan senjata Gaza, perjanjian tebusan - Pejabat Netanyahu

Kabinet Israel akan bermesyuarat untuk memberikan kelulusan akhir terhadap perjanjian dengan Hamas bagi gencatan senjata di Semenanjung Gaza dan pembebasan tebusan, menurut pejabat Netanyahu.


6. Malaysia selaku Pengerusi ASEAN teguh sokong hala tuju damai Myanmar

Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia komited menyokong Myanmar dalam merangka laluan ke arah penyelesaian berkekalan terhadap krisis politik dan kemanusiaan.


7. Nahas Jeju Air: Bulu burung, darah ditemui dalam kedua-dua enjin pesawat - Sumber

Penyiasat menemui bulu burung dan darah dalam kedua-dua enjin pesawat Jeju Air yang terhempas di Korea Selatan bulan lalu, mengorbankan 179 orang.


8. PM Perancis Francois Bayrou terselamat undi tidak percaya

Ini merupakan undi tidak percaya pertama dihadapi Bayrou sejak pembentukan kerajaannya pada 23 Dis 2024.


9. AS$10 bilion diperlukan untuk pulihkan sistem kesihatan Gaza - WHO

Dengan gencatan senjata yang hampir tercapai, para aktivis kemanusiaan menyeru peningkatan besar-besaran bantuan kemanusiaan ke Gaza yang musnah akibat perang.


10. Pihak berkuasa Gaza umum rancangan hantar pulang rakyat Palestin yang dipindahkan

Al-Thawabteh menggesa penduduk Palestin yang dipindahkan agar "mematuhi protokol kerajaan dan kembali melalui jalan pantai Al-Rasheed di barat Gaza untuk memastikan keselamatan mereka dan keluarga mereka."