ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 2 Nov 2024.


1. Fasa akhir kempen vaksinasi polio di utara Gaza disambung - WHO

Fasa akhir kempen vaksinasi polio dua peringkat telah dimulakan di utara Gaza pada Sabtu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).



2. Hujan November paling lebat dalam 101 tahun landa Jeju

Lebih 300 milimeter (mm) hujan melanda selatan Pulau Jeju selama dua hari minggu ini, mencatatkan hujan paling lebat pada bulan November dalam tempoh 101 tahun di kawasan itu, lapor agensi berita Yonhap yang memetik kenyataan agensi cuaca pada Sabtu.


3. AS umum hantar lebih banyak pasukan, aset tentera ke Asia Barat di tengah ketegangan

Amerika Syarikat mengumumkan untuk menghantar dan mengatur lebih banyak pasukan serta aset ketenteraan ke Asia Barat bagi menangani peningkatan ketegangan di rantau itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).


4. Jepun catat Oktober terpanas dalam sejarah

Jepun mencatatkan suhu Oktober paling panas dalam sejarah sejak rekod suhu bermula pada 1898, lapor Xinhua.


5. Ribuan di utara Gaza tiada akses bantuan kemanusiaan, rawatan perubatan

Jurucakap Pertahanan Awam Gaza, Mahmoud Basal memberi amaran bahawa ribuan penduduk kehilangan akses kepada bantuan kemanusiaan dan perubatan di utara Gaza susulan operasi pasukan penyelamat terjejas teruk akibat serangan berterusan Israel yang kini memasuki hari kesepuluh berturut-turut.


6. Taufan Helene: Sampah sarap penuhi sepanjang jalan menuju pusat mengundi Asheville

Timbunan sisa sampah, kaca dan kotak memenuhi sepanjang jalan raya menuju salah sebuah lokasi pusat mengundi utama di Asheville susulan Taufan Helene yang melanda pada Jumaat.


7. Iraq kurangkan eksport minyak kepada 3.3 juta tong sehari

Kementerian Minyak Iraq pada Jumaat mengumumkan bahawa negara itu mengurangkan pengeluaran minyaknya kepada 3.3 juta tong sehari, selaras dengan komitmen terhadap perjanjian OPEC+ mengenai pengurangan pengeluaran, lapor Xinhua.


8. Komuniti Muslim di Washington suarakan kebimbangan menjelang pilihan raya AS

Komuniti Muslim Amerika Syarikat (AS) yang menghadiri solat Jumaat di Washington DC menyuarakan kebimbangan terhadap kedua-dua calon presiden menjelang hari pilihan raya Presiden Selasa depan.


9. Timbalan Presiden baharu Kenya dilantik secara rasmi

Timbalan Presiden baharu Kenya, Kithure Kindiki, mengangkat sumpah pada Jumaat selepas mahkamah menarik balik arahan yang menghalang pelantikannya.


10. Israel perlu hormat fasiliti PBB - UNRWA

TINDAKAN biadab Israel yang tidak menghormati fasiliti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Palestin mesti dihentikan.