ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 29 Oktober 2024.


1. Arab Saudi sedia jadi pengantara rundingan antara Rusia dan Ukraine

Arab Saudi bersedia untuk bertindak sebagai pengantara dalam rundingan antara Rusia dan Ukraine, kata Duta Besar Arab Saudi ke Moscow Abdulrahman Bin Suleiman Al-Ahmed kepada Agensi Berita Rusia (TASS) pada Selasa.



2. Thailand lancar Festival Musim Sejuk tarik pelancong antarabangsa

Thailand melancarkan Festival Musim Sejuk, menganjurkan beberapa siri acara meriah yang berlangsung dari November hingga Disember bertujuan untuk menjadikan Negara Gajah Putih itu sebagai destinasi acara global.


3. Palestin gerakkan tentangan global terhadap undang-undang Israel larang operasi UNRWA

Kementerian Luar dan Ekspatriat Palestin mengarahkan kedutaan dan misinya untuk melibatkan diri dengan kementerian luar, pembuat keputusan, dan pendapat umum di negara tuan rumah mereka bagi membina gabungan antarabangsa yang luas untuk menekan Israel berhubung undang-undang terbarunya yang melarang operasi Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).


4. Tiada alternatif kepada UNRWA - Guterres

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyifatkan pelaksanaan undang-undang yang melarang Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) daripada beroperasi di wilayah itu boleh membawa kesan buruk terhadap pelarian Palestin dan ini tidak dapat diterima.


5. Hampir 12,000 pelajar terbunuh dalam perang di Gaza

Hampir 12,000 pelajar telah terbunuh sejak perang Israel di Gaza bermula pada 7 Oktober 2023.


6. Afrika Selatan kemuka bukti lebih 750 halaman dalam kes genosid terhadap Israel

Afrika Selatan telah mengemukakan bukti dalam kes genosidnya terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), menurut kenyataan Pejabat Presiden Afrika Selatan pada Isnin.


7. Belia Gaza dambakan perubahan pentadbiran menjelang pilihan raya Presiden AS

Ketika pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) semakin hampir, belia Gaza sangat mendambakan perubahan dalam pentadbiran AS, berharap ia dapat meringankan penderitaan mereka dan menamatkan apa yang mereka sifatkan sebagai genosid Israel yang kini memasuki tahun kedua.


8. Lelaki China sanggup berbasikal tujuh bulan jumpa Cristiano Ronaldo

Seorang pemuda sanggup berbasikal selama tujuh bulan dari China ke Arab Saudi untuk bertemu bintang bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo, lapor South China Morning Post.


9. Korea Selatan sahkan kes baharu LSD

Korea Selatan melaporkan satu lagi kes 'Lumpy Skin Disease' (LSD) pada lembu, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang disahkan tahun ini meningkat kepada 16, lapor Agensi Berita Yonhap memetik Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar pada Selasa.


10. 93 terbunuh dalam serangan udara Israel di Beit Lahiya

Serangan udara Israel di Beit Lahiya, Gaza Utara, telah mengorbankan sekurang-kurangnya 93 orang dan mencederakan puluhan yang lain.