ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu 21, September 2024.


1. ASEAN tingkatkan bantuan kemanusiaan di Laos dan Myanmar susulan Taufan Yagi

ASEAN menyalurkan bantuan kemanusiaan bernilai US$12,800 dalam bentuk kit perlindungan dan pembaikan bagi menyokong komuniti yang terjejas akibat Taufan Yagi dan banjir di Laos, menurut Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan bagi Pengurusan Bencana ASEAN (AHA Centre).



2. Juruterbang New Zealand diculik pemberontak terbang ke Jakarta

Juruterbang New Zealand, Phillip Mehrtens, dijadualkan untuk dibawa pulang ke Jakarta setelah lebih 19 bulan diculik pemberontak di Papua, Indonesia.


3. Serangan ngeri terhadap Lubnan, Israel melampaui garis merah

Selepas serangan udara Israel yang membunuh seorang komander utama Hizbullah dan beberapa figura senior dalam gerakan Lubnan pada Jumaat, orang ramai mendakwa Israel telah melampaui garis merah.


4. Pilihan Raya Sri Lanka: Kawalan keselamatan pusat mengundi Colombo dipertingkat

Kawalan keselamatan di luar pusat mengundi di Colombo pada Sabtu terus dipertingkat.


5. Banjir besar melanda bandar Wajima di Jepun

Air banjir melimpah sepanjang jalan raya di bandar Wajima, Jepun apabila hujan lebat melanda wilayah itu pada Sabtu.


6. Perang kunci keamanan rakyat Israel - Presiden Isaac Herzoq

Presiden Israel, Isaac Herzog mendakwa, perang di Gaza serta kemungkinan perang di Lubnan adalah diperlukan bagi keamanan rakyatnya.


7. Hezbollah sahkan komander Ibrahim Aqil meninggal dunia

Pasukan pejuang Hezbollah mengesahkan komander kanannya, Ibrahim Aqil, terbunuh pada Jumaat.


8. Perang sebabkan lebih banyak pencemaran karbon, krisis kemanusiaan kepada bencana alam

Sejumlah besar pelepasan karbon berlaku akibat operasi ketenteraan yang dijalankan oleh banyak negara di seluruh dunia, terutamanya Amerika Syarikat (AS) dan Israel, dengan pakar berkata peperangan mempunyai kesan yang ketara terhadap alam sekitar dan iklim, lapor Agensi Anadolu.


9. UNGA 79: Konflik di Palestin, isu kemanusiaan di Myanmar antara fokus kenyataan Malaysia

Kenyataan Negara sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang akan disampaikan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan selari dengan tema perhimpunan tahun ini, Leaving no one behind: Acting together for the advancement of peace, sustainable development and human dignity for present and future generations.


10. Agong lawat pusat penyelidikan pesawat COMAC di Beijing

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Pusat Penyelidikan Teknologi Pesawat Awam Beijing (COMAC) bagi meninjau perkembangan teknologi penerbangan terkini China.